'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak."
Ini respon ringkas penyanyi Ziana Zain ketika dihubungi Astro AWANI selepas suaminya Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mahu pun sebarang temu ramah memandangkan masih dalam kes mahkamah," katanya lagi.
Jika sabit kesalahan, Armin yang merupan bekas pramugara kanan syarikat penerbangan nasional itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.
Armin, 53 tahun, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Astro Awani
Tue Mar 06 2018
!['Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain 'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520323522_Zianazain.jpg)
ZIANA: 'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak'. - Foto Instagram @iamzianazain
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Ziana tidak fikir jodoh baharu Ziana tidak fikir jodoh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682463386_ZianaZain.jpg)
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
![Bukan mudah untuk saya buka hati pada sesiapa... - Ziana Zain Bukan mudah untuk saya buka hati pada sesiapa... - Ziana Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540360832_zianazaincerai.jpg)
"Bukan mudah untuk saya buka hati pada sesiapa..." - Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain akui kehidupannya kini lebih bahagia disamping anak-anak selepas dia dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, sah bercerai pada 12 Julai lalu.
![Setuju cerai Ziana, Armin gagal hadir Setuju cerai Ziana, Armin gagal hadir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520323522_Zianazain.jpg)
Setuju cerai Ziana, Armin gagal hadir
Oleh kerana pihak-pihak tidak tinggal lagi bersama sejak Februari lalu, mahkamah percaya tanggungjawab suami isteri tidak dapat dilaksanakan.
![Mahkamah larang Armin dekati Ziana Zain sepanjang kes berlangsung Mahkamah larang Armin dekati Ziana Zain sepanjang kes berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527501610_ziana-armin-header.jpg)
Mahkamah larang Armin dekati Ziana Zain sepanjang kes berlangsung
Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengekalkan syarat jaminan yang melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin untuk menemui anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.
!['Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain 'Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520407671_ZianaZain.jpg)
'Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain
Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.
![Sampai 4 kali Ziana cakap no comment! Sampai 4 kali Ziana cakap no comment!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523524525_ZianaZain.jpg)
Sampai 4 kali Ziana cakap "no comment!"
Penyanyi popular Ziana Zain masih enggan membuka mulut mengulas isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah.
![Ziana Zain fail cerai Ziana Zain fail cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523030596_Zianazain.jpg)
Ziana Zain fail cerai
Rumah tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan sudah memfailkan penceraian.
![Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520484731_ArminZaharin.jpg)
Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat
Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan seksyen dalam pertuduhan itu.