Lakonan mantap pelakon wanita Sangeetha Krishnasamy dalam filem ‘Adiwiraku’, bukan sahaja telah memenangi hati rakyat Malaysia, tetapi, wataknya sebagai cikgu Cheryl Ann Fernando, telah menghadiahkannya anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29), yang berlangsung malam tadi.
Sangeetha mengetepikan saingan nama-nama gah dalam industri perfileman negara seperti Izara Aishah, June Lojong, Sharifah Amani dan Yeoh Yann Yann untuk memenangi anugerah tersebut.
Berikut antara 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai pelakon manis itu:
1. Berusia 32 tahun, Sangeetha merupakan anak jati Kuala Lumpur.
2. Merupakan graduan undang-undang dari University of London (kampus Malaysia)
3. Sangeetha merupakan seorang ‘vegan’ yang merupakan pengamal makanan yang sepenuhnya datang dari makanan berasaskan tanaman seperti biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan kacang-kacangan dan mengecualikan produk dari haiwan.
4. Beliau mula serius dan aktif dalam dunia lakonan pada tahun 2009.
5. Beliau menjalani kursus lakonan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC).
6. Semasa penggambaran Adiwiraku, Sangeetha dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana mendapat demam denggi.
7. Dalam tempoh dia dijangkiti dengan demam denggi, dia kehilangan berat lebih 5 kilogram.
8. Beliau pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik, ‘Miss Malaysia India’.
9. Sangeetha mempunyai empat adik-beradik dan beliau merupakan anak kedua.
10. Sangeeta juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis.
BACA: FFM29: Mungkin dia tak faham perjalanan acara - Zizan balas kritikan Afdlin
BACA: FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha
BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan
T K Letchumy Tamboo
Sun Sep 24 2017

Lakonan mantap pelakon tanahair Sangeetha Krishnasamy dalam filem Adiwiraku, bukan sahaja telah memenangi hati rakyat Malaysia.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Kes tembak KLIA: Hafizul dipenjara 14 tahun, enam sebatan
Pengurus syarikat agensi pelancongan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 15 April tahun lalu
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.
Along Kubur dihukum penjara, denda RM13,000, turut didakwa kes dadah
Seorang lelaki dikenali sebagai 'Along Kubur' dihukum penjara 10 bulan dan denda RM13,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kluang atas dua tuduhan memandu dalam keadaan bahaya dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.