Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), Sangeetha Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku menyifatkan kemenangannya itu sebagai satu penghargaan buat Cikgu Cheryll yang merupakan seorang guru di SMK Pinang Tunggal, Kedah.
Sangeetha ketika ditemui turut berkata, dia berasa bertuah kerana diberi peluang membawakan watak ini dan berterima kasih barisan juri yang menghargai lakonannya itu.
BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan
BACA: Mungkin dia tak faham perjalanan acara - Zizan balas kritikan Afdlin
“Saya rasa macam tak layak, anugerah ini sebenarnya milik kepada heroin sebenar kita, Cikgu Cheryll untuk pengorbanannya, untuk mengubah hidup anak-anak kita dekat SMK Pinang Tunggal, jadi rasa bertuah untuk bawak watak dia,” katanya ketika ditemui malam tadi.
Filem Adiwiraku yang diarahkan oleh sutradara Eric Ong dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM 29 yang diadakan DI Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Sabtu.
Selain itu, Adiwiraku turut meraih trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh Jason Chong.
Syafik Shukri Jalil
Sun Sep 24 2017

Sangeetha ketika ditemui turut berkata, dia berasa bertuah kerana diberi peluang membawakan watak ini dan berterima kasih barisan juri yang menghargai lakonannya itu. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).