Sebuah filem bertemakan perpaduan dan berinspirasikan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal ditayangkan sempena Hari Malaysia pada September.
'Rise: Ini Kalilah' merupakan filem cereka berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia.
“Cerita ini mengikut kisah enam watak dari latar belakang dan bangsa yang berbeza, contohnya ada seorang anggota polis, seorang ahli perniagaan, seorang pelajar di London, seorang guru dan sebagainya,“ kata pengarah Saw Teong Hin ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.
Selain beliau, filem ini turut diarahkan Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath.
Antara cabaran utama bagi pengarah, pelakon dan kru produksi adalah tempoh masa singkat yang diberikan kerana filem ini harus dilancarkan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
"Semua orang seperti hendak pengsan, tetapi kami teruskan dengan projek ini. Kami betul-betul ingin menghasilkan filem ini dan meraikan detik bersejarah ini,” kata Saw.
Filem ini menampilkan enam pelakon utama iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia.
Sementara itu, Remy Ishak berkata beliau melakonkan watak Azman, seorang anggota polis.
Watak ini berhadapan dengan konflik apabila bertemu dengan rakan sekerja yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti menyalahgunakan kuasa.
“Apa yang saya belajar daripada watak ini ialah, Azman ada prinsip dalam hidup. Kita perlu pegang kepada kejujuran, amanah dan keikhlasan, yang semakin lama hilang,” kata Remy.
Mira Filzah melakonkan watak seorang gadis yang menetap di London dan tidak peduli mengenai kepentingan mengundi pada pilihan raya.
“Mesej watak ini adalah memberi kesedaran tentang betapa pentingnya untuk mengundi kerana proses ini akan menentukan kerajaan dan siapa pemimpin kita.
“Tetapi untuk pilihan raya tahun ini, saya memang nampak generasi baru bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam pilihan raya.
"Kita pun ada ramai pemimpin muda dan ramai lagi anak-anak muda yang ingin melibatkan diri dalam politik,” kata Mira.
Penggambaran filem 'Rise: Ini Kalilah' dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Ia kini memasuki fasa pasca produksi dan dijangka ditayangkan bermula 13 September.
Syafique Shuib
Thu Aug 02 2018

Pengasas WebTVAsia Fred Chong bersama tiga pengarah filem 'Rise: Ini Kalilah', Saw Teong Hin, MS Prem Nath dan Nik Amir Mustapha. Astro AWANI / Syafique Shuib

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.

Tiada lagi trio lama, Charlie's Angels kembali dengan versi reboot
Jika anda lahir sekitar 70-an, pastinya akan mengimbau kenangan dengan lakonan Kate Jackson, Farrah Fawcett, Jaclyn Smith.

Filem 'Rise: Ini Kalilah' sempena Hari Malaysia
Sebuah filem bertemakan perpaduan dan berinspirasikan Pilihan Raya Umum ke 14 bakal ditayangkan sempena Hari Malaysia.

Beri ruang orang muda berdikari - PM
Orang muda pula perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka.