Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu campur tangan secara serius bagi memastikan filem tempatan tidak dianaktirikan oleh pempamer seluruh Negara.
Penerbit filem Jagat, Siva Perianan mendapati mereka bertindak tidak adil dengan memberikan waktu tayangan yang tidak wajar kepada filem itu dan lebih memberi tumpuan kepada filem luar negara.
"Mereka seperti memanipulasikan syarat yang terkandung dalam Skim Wajib Tayang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Skim Wajib Tayang menetapkan untuk sesebuah filem itu mempunyai tempoh wajib tayangan selama 14 hari.
Sekiranya kadar penontonnya tidak mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan panggung, pihak pempamer berhak dengan budi bicara mereka untuk menarik filem itu daripada tayangan.
"Apa yang berlaku terhadap filem Jagat, mereka meletakkannya pada waktu tayangan yang saya dapati kurang adil. Kebanyakan waktu tayangan adalah pada waktu pagi, tengahari dan petang iaitu waktu orang ramai bekerja sementara tayangan malam pula lebih kepada filem luar negara.
"Sudah pasti bilangan penontonnya kurang daripada kadar minimum dan ini membuatkan mereka bertindak untuk menamatkan tayangan filem Jagat. Tindakan ini sememangnya menjejaskan perkembangan filem tempatan," katanya.
Jagat mula ditayangkan pada 17 Disember, bersamaan tarikh mula tayangan filem 'Star Wars: The Force Awakens' dan sehari sebelum tayangan filem Hindi, 'Dilwale' lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Selain itu ada juga filem Tamil dari India bertajuk 'Thanga Manan' dibintangi menantu Rajnikanth, Dhanush.
Mengakui tidak mampu untuk menandingi kehebatan filem-filem tersebut untuk menarik penonton yang ramai, pengarah filem Jagat, Shanjey Kumar Perumal cuma berharap wujud keadilan kepada filem-filem tempatan.
Menurutnya, ada pihak pempamer yang bertindak mengurangkan waktu tayangan filem itu tanpa memaklumkan kepada pihak penerbitan filem maupun Finas.
"Ini bukan kali pertama. Ada beberapa filem tempatan yang menerima nasib sama sebelum ini.
"Kami tidak meminta tambahan panggung yang menayangkan filem kami atau lebih waktu tayangan. Kami hanya minta waktu tayangan filem Jagat disusun secara adil," katanya.
Jagat mencatatkan jumlah kutipan RM72,000 untuk tempoh empat hari tayangan dari 17 Disember hingga 20 Disember, menempatkannya di tangga ke-11 dalam carta kutipan filem yang ditayangkan ketika ini walaupun hanya ditayangkan di 20 panggung.
Jelas Shanjey, kebanyakan penerbitan filem tempatan tidak memiliki peruntukan besar untuk promosi dan pemasaran, justeru tidak adil untuk menilai kemampuan sesebuah filem tempatan menarik penonton ke panggung dalam masa yang singkat.
"Terutamanya filem kritikal, ia memerlukan masa untuk cerita dari mulut ke mulut tentang filem ini tersebar luas. Kami tidak ada bajet besar untuk buat promosi besar-besaran," ujar Shanjey.
Justeru katanya Finas juga perlu meneliti semula syarat yang terkandung di bawah Skim Wajib Tayang selain membentuk satu mekanisme seragam untuk memantau tayangan filem di semua pawagam seluruh negara.
Filem Jagat mengisahkan sejarah kehidupan warga estet yang terpaksa berpindah ke perumahan setinggan di ibu kota pada sekitar awal 1990-an.
Israr Khalid
Wed Dec 23 2015
Skim Wajib Tayang menetapkan untuk sesebuah filem itu mempunyai tempoh wajib tayangan selama 14 hari.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.