BELUM selesai kes dua artis wanita Indonesia yang ditahan di hotel lima bintang kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran atas talian, Vanessa Angel kini seperti jatuh ditimpa tangga.

Selepas berita penahanannya, gambar bogelnya pula mula tersebar di media sosial dan aplikasi pesanan ringkas, lapor Astro GEMPAK.

Menurut peguamnya Muhammad Zakir Rasyid, gambar tersebut merupakan gambar lama dan dirakam semasa artis itu sedang mandi bersama seorang individu semasa di Kuala Lumpur sekitar Disember 2018.

Tambahnya, Vanessa mengakui wanita dalam foto itu adalah dirinya namun tidak sedar dia dirakam oleh individu yang tidak dinamakan.

Dia juga merancang untuk membuat aduan polis.

BACA: Pelakon, model wanita lacurkan diri ditahan?

BACA: Terjebak persundalan, 45 lagi artis Indonesia diburu


Berita penahanannya menjadi bualan hangat netizen, lebih-lebih lagi apabila post terakhirnya di Instastory menunjukkan ketibaannya di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya.

Di foto tersebut turut tertulis "Menjemput Rezeki Awal Tahun 2019" serta caption "Hello Surabaya."



Turut menjadi bualan adalah percutian mewah dan beg tangan mahal berharga puluhan ribu ringgit yang sering dimuat naik artis jelita itu di akaun Instagram miliknya, lapor Sinar Harian.

Ramai berkata mereka beranggapan kekerapan Vanessa mempamerkan kemewahan itu adalah kerana dia seorang artis berjaya.

Selain berlakon, Vanessa juga seorang model dan penyanyi serta sering mendapat tawaran sebagai pengacara.