Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Enam finalis tersebut ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Acong Sweetchild, Haiza, Farahdhiya dan Ezad Lazim bakal menyanyikan sebuah lagu secara solo dan di pusingan ‘battle’.
Bergelar juara merupakan impian setiap peserta, tetapi tahukah anda, apa rancangan mereka sekiranya memenangi hadiah wang tunai RM100,000?
Di bawah ini Astro Gempak kongsikan perancangan enam finalis jika berjaya membawa pulang RM100,000 pada malam Ahad ini:
Siti Nordiana
“RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang.”
Acong Sweetchild
“Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.”
Ezad Lazim
“Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki...Insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini.
Nassier Wahab
“Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua.”
Haiza
“Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak.”
Farahdhiya
“Menang RM100,000...Insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat.”
Sementara itu, naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim merupakan juri tetap program ini dan turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.
Jangan lupa saksikan siaran langsung GV2 yang dibawakan dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.
Gempak
Sat Dec 12 2015
Konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara.
[TERKINI] Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok
Seorang pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak akan dituduh di mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
[TERKINI] Punca kematian disebabkan kecederaan di dada
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat seorang wanita warga emas yang disumbat ke dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada dada akibat dihentak objek tumpul.
Tambahan jam kerja syif jururawat adalah munasabah - KKM
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan jadual kerja syif jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan mereka bekerja di wad hospital tambahan tiga jam seminggu sebagai munasabah.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai Jumaat
Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat mulai esok.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Kelantan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk berkuat kausa sehingga 23 November ini melibatkan seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.
Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.
Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.
AWANI Ringkas: Ketegasan Malaysia tidak jejas hubungan dengan AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok - Polis
Pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Saya serang Israel habis-habisan, tak tahu apa lagi cara boleh buat" - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tegaskan dalam konteks anggota UN, perkara yang dianggap hak keanggotaan itu yang disebut de facto tapi kita tidak pernah iktiraf dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang. #SisiTVParlimen
Gegar Vaganza 2: Apa kata finalis kalau menang RM100,000
Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.