Tanpa mengeluarkan suara, Zamani tetap mampu menyentuh hati peminat.
Gagal menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, peminat penyanyi yang mesra disapa Abang Adek itu bersatu hati dan menganggap Zamani tidak mengecewakan mereka.
Rata-rata tidak dapat menahan sebak melihat vokalis Slam itu tetap berada di pentas Gegar Vaganza 5 dan cuba untuk menyanyi biarpun keadaannya jelas tidak mengizinkan.
Malah, Zamani sendiri tampak mengalirkan air mata di atas pentas.
Kata peminat, kesediaan semua yang berada dalam dewan MBSA membantu Zamani menyanyikan lagu itu, merupakan satu bentuk sokongan yang amat diperlukan Zamani, selain bukti dia memiliki sokongan yang sangat kuat.
Mungkin juga satu fakta menarik untuk dikongsi, lagu dendangan asal Flybaits itu sudah berkali-kali dinyanyikan Zamani dalam banyak persembahan pentas sebelum ini.
Madiha Abdullah
Sun Oct 28 2018
Peminat penyanyi yang mesra disapa Abang Adek itu bersatu hati dan menganggap Zamani tidak mengecewakan mereka. - Sinar Harian
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Siapa urus Zamani? Ini kenyataan rasmi penyanyi itu sendiri
Jelas Zamani, kenyataan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.
'Kak Long hilang sabar!' - Dituduh hina cleaner, Amelina buat laporan polis
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah kononnya penyanyi itu menghina pekerjaan tukang cuci (cleaner).
Noryn Aziz kecil hati dengan komen Kak Ogy?
Juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz tidak mengambil hati dengan komen yang dilemparkan oleh pelakon prolifik berbakat besar, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy.
GV5: Zamani juara di hati rakyat Malaysia
Zamani merasakan berada di tempat ketiga merupakan satu kejayaan cukup manis buatnya.
Kenapa Dia Fadila baling handphone di GV5?
Penyanyi Dia Fadila mendedahkan telefon yang dibaling ketika membawakan lagu Pematah Hati di Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu itu adalah telefon bimbit sebenar miliknya.
'Saya bukan jenis kipas juri' - Penyertaan di final GV5 dipertikai, Zamani sedar ada yang tidak puas hati
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani menyifatkan penyertaannya ke peringkat akhir GV5 merupakan rezeki dari Allah.
Nyanyian kedua Zamani berintelek - Ramli MS
Intelektual Zamani sebagai penyanyi terserlah menerusi lagu itu yang melayakkan dia menerima markah tinggi, kata Ramli.
'Di Matamu' selamatkan Zamani, iringi lima peserta lain ke final GV5
Tuah masih menyebelahi Zamani apabila markah yang diberikan juri profesional untuk lagu kedua mencukupi untuk dia layak ke final.
Separuh akhir GV5: Masihkah ada peluang untuk Zamani?
Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry.
'Pakai alat khas, nafas tak cukup pun saya boleh dengar' - Ramli MS
Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan terlalu banyak kesalahan dan juga suara yang sumbang merupakan faktor Farawahida tersingkir.