George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.
Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.
Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.
Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.
Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.
Misteri beg hitam
Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit berwarna hitam berada di atas meja.
“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.
“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.
“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.
Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.
Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.
BACA: George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander
Agensi
Wed Dec 13 2017

Clooney anggap tanpa bantuan 'The Boys' dia tidak mungkin berjaya seperti hari ini - Gambar fail/REUTERS

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry
"Saya perlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding."

Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental
Pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit.

George Clooney balas budi 14 rakan karib dengan beri AS$1 juta seorang
Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula-mula bertapak dalam industri hiburan.

George Clooney teruja timang bayi kembar di usia 56 tahun
Aktor, George Clooney akui teruja untuk menimang cahaya mata kembar di saat usianya menginjak 56 tahun.

Rumah tangga Clooney dan Amal berantakan, harta jutaan ringgit bakal lesap
Pelakon George Clooney dan isteri, Amal Alamuddin baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 September tahun lalu di Venice, Italy.

Siapa isteri George Clooney, Amal Ramzi Alamuddin?
Perkahwinan bintang Hollywood George Clooney menggamit perhatian dunia, namun siapa sebenarnya Amal Alamuddin.

Gaza: Tunang George Clooney tolak tawaran PBB
Tunang bintang Hollywood George Clooney, Amal Alamuddin telah menolak pencalonannya untuk menyertai suruhanjaya siasatan serangan Israel ke atas Gaza.