KEMATIAN pelakon dan model terkenal Godfrey Gao akibat serangan jantung semalam berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidupnya yang terlalu sibuk.
Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung berkata ia berdasarkan gaya hidup Godfrey yang sering dibebani kerja selain gemar berjaga hingga lewat malam.
Jelasnya, gaya hidup sebegini boleh mengakibatkan stres melampau dan akhirnya mengakibatkan peningkatan hormon stres yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah, serta gangguan pada rentak denyutan jantung.
Tambahnya tabiat tidur lewat untuk tempoh yang panjang boleh mengakibatkan kardiovaskular akut walaupun individu itu sentiasa mengamalkan senaman serta pengambilan pemakanan seimbang.
Aktor kelahiran Taiwan-Kanada itu disahkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran bagi program realiti popular "Chase Me."
BACA: Hero tampan dan ternama meninggal dunia di set penggambaran
"Saya sudah tidak mampu lakukannya lagi,” itu kata-kata akhir daripada bintang filem terkenal itu selepas berhenti berlari dan rebah tidak sedarkan diri ketika rakaman babak rancangan tersebut sekitar jam 2 pagi.
Agensi berita BBC melaporkan kru rakaman menganggap ia sebahagian daripada babak berkenaan, tetapi berasakan sesuatu tidak kena pada aktor dan model itu, sebelum bergegas memanggil staf perubatan untuk memberikan rawatan.
Rancangan "Chase Me" yang menjalani penggambaran di sekitar Ningbo, China, difahamkan melibatkan banyak aktiviti fizikal, dan Godfrey telah dijemput untuk menjadi tetamu dalam sebahagian babak berkenaan.
Laporan itu menyebut jantungnya terhenti seketika, tetapi kembali berdenyut, dan beliau terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Malangnya selepas menerima lawatan intensif selama tiga jam di pusat perubatan itu, mereka gagal memulihkan aktor berusia 35 tahun itu,” lapor BBC.
Agensi
Thu Nov 28 2019
Godfrey meninggal dunia ketika penggambaran rancangan "Chase Me". -Foto fail
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Godfrey Gao dipercayai meninggal dunia akibat beban kerja, tidur lewat - Pakar
Godfrey disahkan meninggal dunia dan Pengerusi Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan membuat tanggapan serangan jantung.
Hero tampan dan ternama meninggal dunia di set penggambaran
Gao, 35, dipercayai telah pengsan semasa sesi penggambaran dijalankan yang dipercayai sekitar jam 2 pagi dan terus tidak sedarkan diri.