Ibu kepada pelakon dan penyanyi Linda Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73 tahun, meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

Berita pemergian Allahyarham disampaikan oleh adiknya Diana Rafar menerusi satu posting di Instagramnya.

Sebelum ini Linda pernah beberapa kali memuat naik berita mengenai tahap kesihatan ibunya sehingga menyebabkan tangan kiri arwah terpaksa dipotong.

Selain Linda dan Diana, arwah turut mempunyai anak-anak yang mewarnai industri seni tanah air iaitu Anita Rafar dan Aliza Rafar.





Linda terdahulu ada memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya yang tidak sedarkan diri akibat masalah kesihatan.

Menerusi entri di IG, Linda berkongsi gambar bersama ibu dan menulis luahan yang membuatkan ramai peminatnya sebak.