Berkongsi dugaan hidup yang dialaminya di laman IG TV, pelakon berkenaan berikrar untuk menjaga suaminya yang kini terlantar dan terbatas pergerakannya.
Sehubungan itu, kata Amyza, dia tidak dapat berkongsi dengan lebih kerap aktviti keseniannya memandangkan keutamaan diberi pada menjaga kebajikan suami.
"Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh.
"Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi.
"Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.
"Insya-Allah suatu hati nanti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu," tulis Amyza lagi.
Dalam masa sama, di platform media sosial itu, Amyza melayangkan ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-16.
"Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B.
"Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti," kata Amyza lagi.
Sebelum ini, Amyza pernah beberapa kali berkongsi keadaan suaminya yang diserang sakit jantung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
BACA: "Saya 'Lost' Tanpa Dia" - Amyza Aznan Minta Doa, Suami Diserang Sakit Jantung
Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 13, Adrian, 10, dan Ayden, 4 .