Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Elfira memberitahu bukan mereka berdua sahaja tetapi mereka akan bersama rakan pengapitnya (bridesmaid) dan ‘dulang boy’ suaminya untuk menerokai negara tersebut bersama-sama.
“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Elfira turut memuat naik fotonya bersama Faris di dalam kapal terbang.
[BACA: Teruja Mahu Berkongsi Berita Gembira, Elfira Loy Bakal Nikah 1 Januari 2019?]
Rata-rata memuji pasangan itu sepadan dan ‘sweet’, malah beberapa rakan artis juga memberitahu tidak sabar untuk menanti mereka disatukan.Pasangan ini bertunang pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun hadapan.
Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.