DATIN Seri Nur Shahida Mohd Rashid isteri kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum umurnya mencecah 35 tahun.
Menurut Shahida, dia dan Aliff berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi tahun ini dan benar-benar berharap mereka dikurniakan sepasang bayi kembar.
“Saya mahu anak ramai sebab saya lihat sendiri situasi saya dengan keluarga.
“Walaupun saya mempunyai adik beradik yang agak ramai, tapi apabila sudah dewasa, semuanya sudah pasti akan memiliki keluarga sendiri dan akan jarang bertemu dengan ibu bapa.
“Sebab itu saya mahu anak yang ramai, sebab saya takut apabila tua nanti saya rasa sunyi jarang bertemu mereka.
“Sekarang saya sudah memiliki lima orang anak termasuk seorang anak angkat, jadi saya berharap agar saya dikurniakan bayi kembar, maka cukuplah tujuh anak saya,” ujar Shahida.
Shahida berkata demikian ketika ditemu bual di sambutan Hari Keluarga anjuran syarikat yang diasaskannya bersama suaminya, D’ Herbs bertempat di Pulau Langkawi yang diadakan sejak Jumaat hingga hari ini.
Acara ini diadakan bertujuan untuk meraikan usaha dan kejayaan lebih dari 100 orang kakitangan mereka di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi dan seorang anak angkat.
Gempak
Mon Feb 04 2019
Nur Shahida Mohd Rashid takut dia akan berasa sunyi bila tua kelak.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua
Setuju!
JPJ: Aliff Syukri, anda ada 14 hari
Pihak JPJ memberi tempoh 14 hari kepada usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri hadir memberi keterangan dan membawa dokumen berkaitan berhubung kenderaan mewah Rolls Royce yang disita sebelum ini.
'Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri
Noor Hayati Kamarzaman tidak bersetuju pendedahan diberi kepada golongan yang terang-terangan mempermainkan agama.