Susulan kejadian itu, KKM telah mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagram rasmi @kementeriankesihatanmalaysia semalam.
Menurut kenyataan tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim menjelaskan pihak hospital Shah Alam sudah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan seorang lagi ahli keluarganya secara tertutup pada 28 Disember, jam 10.30 pagi.
BACA: "Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki jururawat" - Wanita tampil jawab Linda Rafar
BACA: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital
Perjumpaan itu turut disertai wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terbabit.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan memandang serius tentang isu yang tular di media sosial berkaitan aduan layanan yang diberikan jururawat terhadap waris pesakit dan penjagaan pesakit di sebuah wad di Hospital Shah Alam.
“Pihak Hospital Shah Alam telah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan seorang ahli keluarga pesakit secara tertutup pada 28 Disember 2018 jam 10.30 pagi bersama wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terlibat.
“Dalam pertemuan tersebut, pihak hospital telah pun memberikan penjelasan dan jaminan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya mengambil maklum beberapa perkara yang dirasakan wajar bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di hospital.
BACA: Kenyataan 'Nurse Is Not Our Level' Disalah Tafsir, Ini Penjelasan Zizan Razak!
“Di kesempatan ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis Kementerian Kesihatan adalah dilarang sama sekali.
“Begitu juga dengan kekerasan terhadap anggota kesihatan, samada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis (termasuk di media sosial), iaitu selaras dengan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM.
“Ini terutama memandangkan terdapat pelbagai saluran aduan yang boleh dibuat secara rasmi, di mana ianya akan diteliti dengan sewajarnya,” jelasnya.
Selain itu, Dr Khalid juga memohon orang ramai tidak membuat andaian dan spekulasi sendiri.
“Pihak JKN juga memohon agar orang ramai tidak membuat andaian dan spekulasi bagi mengelakkan implikasi negatif kepada keluarga pesakit dan seterusnya kepada kakitangan hospital.
“Pihak JKN dan Hospital Shah Alam akan menyusuli perkara ini dengan pihak pengadu dan jabatan berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik bagi kesejahteraan pesakit dan warga kerja KKM. Sekian, terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya yang kini sakit.
Keadaan bertambah buruk apabila muncul individu tidak dikenali didakwa mengugut untuk meracuni ibu Linda.
BACA: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis