WAJAH Datuk Nassier Wahab yang tidak 'makan tua' menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apa petua penyanyi legenda itu yang tidak kelihatan seperti lelaki yang berusia 57 tahun.
Rambutnya masih kekal hitam dan lebat, perutnya kempis serta kulit wajahnya masih tegang.
Ketika diajukan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu, dalam senyuman penuh makna, Nassier memberitahu, beliau sudah terlalu kerap ditanya soalan tersebut.
Bagi artis kelahiran Pulau Pinang itu, perkara paling asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu ialah menjaga amalan pemakanan.
“Sebenarnya yang paling penting dalam mengekalkan wajah awet muda ini, ialah bermula dengan pemakanan,” kata Nassier dalam temubual dengan Astro AWANI pada Rabu.
Namun begitu, Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abd. Wahab juga mengakui, beliau sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah.
"Jaga hubungan dengan Allah. Dekatkan diri kita dengan Allah kalau boleh solat tepat pada waktunya, jangan tinggal sembahyang, rajin-rajin baca Al-Quran, baca kisah-kisah Nabi (kerana) banyak beri panduan. It's a guide to us," kata beliau.
Dalam masa sama, Nassier juga memberi penekanan mengenai kepentingan bergaul dengan persekitaran yang positif.
Kata Nassier, pergaulan dengan orang-orang positif memberikan kesan yang baik kepada dirinya.
Nassier juga mengakui tidak terlepas daripada dibelenggu oleh tekanan namun beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengurus isu itu.
Pendekatan Nassier dalam mengurus tekanan ialah bersikap positif dan reda selain tidak melarikan diri daripada masalah.
Penyanyi lagu Memori Cinta Luka itu memberitahu, beliau juga sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada dikelilingi oleh individu-individu yang membawa pengaruh negatif.
“Elakkan daripada berjumpa dengan orang-orang yang boleh beri kita stres, jadi saya sering berdoa kepada Allah untuk jauhkanlah orang yang sering beri masalah kepada aku” kata Nassier," ujar bapa kepada Intan Najihah, 22, ini lagi.
Dalam masa sama, Nassier juga menjalani gaya hidup yang sihat selain tidak terlepas melakukan senaman ringan setiap hari.
Sempena bulan puasa, Nassier turut berkongsi amalan pemakanannya pada bulan Ramadan yang cukup sederhana.
Katanya, memandangkan beliau mempunyai penyakit gastrik, justeru menjadi keperluan baginya menjamah nasi ketika waktu sahur selain mengelakkan sajian pedas.
Faris Danial Razi
Thu May 09 2019

KULIT wajah yang tegang serta rambut yang masih lebat menyebabkan Nassier Wahab sentiasa ditanya mengenai petua awet muda. - Gambar Instagram NASSIER WAHAB

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Jaga solat, baca Al-Quran petua awet muda Nassier Wahab
Nassier Wahab yang mencecah usia 57 tahun memberikan perkongsian serba sedikit kepada Astro AWANI tentang rahsianya yang kelihatan muda.