DATUK Jalaluddin Hassan, 63, dan pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 43, sudah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Ahad lalu.
Namun, ada kisah pilu yang tidak diketahui umum pada pagi sebelum Jalaluddin berangkat ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur untuk bertukar status kembali menjadi suami orang.
"Saya tidak pernah melupakan arwah isteri saya (Hashimah Mad Ehsan) dan pada pagi sebelum bernikah pun saya sempat ke kubur arwah pada pukul 7 pagi lagi.
"Saya meluahkan perasaan saya dan menyatakan hasrat hati. Bercakap pun seorang diri.
"Kadang-kadang kalau lihat balik memang nampak macam orang bodoh, tetapi itulah caranya untuk saya berkongsi cerita kepada arwah," katanya sedih.
BACA: Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi...
Jalaluddin dan Hashimah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan telah dikurniakan lapan orang anak dan 14 cucu.
Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Fri Nov 17 2017
Jalaluddin dan Hashimah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan telah dikurniakan lapan orang anak dan 14 cucu.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Jalaluddin Hassan bercakap seorang diri selepas kematian isteri
Ada kisah pilu yang tidak diketahui umum pada pagi sebelum Jalaluddin berangkat ke Masjid Banda Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur untuk bertukar status kembali menjadi suami orang.
Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi...
Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk 'berbulan madu' bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.