Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk 'berbulan madu' bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.
Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).
Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.
"Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.
"Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.
"Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.
"Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah," katanya kepada Astro Gempak.
Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.
Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.
Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.
Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Mon Nov 13 2017

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka. - Foto Astro GEMPAK

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Mutawif Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.

Rombakan Kabinet: PM kata tiada tempoh 'berbulan madu' - Fahmi
Perdana Menteri menegaskan anggota Kabinet termasuk timbalan menteri baharu dilantik tidak mempunyai tempoh 'berbulan madu'.

'Lawatan ke Langkawi bukan untuk berbulan madu, kami patuh SOP' - Neelofa
Kata Neelofa, perjalanannya ke Langkawi atas dasar kerja dan sudah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Rentas negeri untuk berbulan madu? Pasangan suami isteri dipanggil beri keterangan
Tular di media sosial kononnya pasangan ini pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen.

'Suasana bulan madu' tidak jejas fokus Chelsea - Tuchel
Chelsea telah melepasi 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, memenangi lapan.

Pengantin ini 'live stream' majlis resepsi gara-gara dikuarantin koronavirus
Ketika wabak koronavirus melanda dunia, sepasang suami isteri dari Singapura ini bertindak untuk meneruskan majlis jamuan perkahwinan mereka di sebuah hotel, secara langsung (live-stream).

Pasangan kekasih bersalah buang bayi berbulan madu dalam penjara
Sepasang kekasih yang ditangkap kerana membuang bayi mereka baru-baru ini akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Izara Aishah akui sudah bersedia timang cahaya mata, tapi ...
Pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin November tahun lalu.
.jpg)
Tiada bulan madu, Azrinaz dan Feroz mahu bercuti ke Palestin
Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami, Feroz Khan yang selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Mei lalu tidak merancang untuk pergi berbulan madu.

Yuna kongsi percutian bulan madu di Tulum, Mexico
Menurut Yuna, Tulum menjadi pilihan selepas ia dicadangkan oleh penerbitnya sebaik Yuna dilamar Adam.