Menurut Alif, dia percaya sikap positif dan tahap keyakinan tinggi mampu mengubah personaliti seseorang.
Alif menjelaskan perkara itu menerusi akaun Instagramnya selepas netizen mendakwa wajah kacak dan perubahan penampilan kini adalah disebabkan atas faktor kemampuan dari segi kewangan.
“Assalamualaikum semua. Gambar throwback. Ramai yang komen ‘kau bukan tak handsome, kau cuma tak ada duit.
“Saya nak beri tahu anda ya, duit sebenarnya hanya membantu lebih kurang 10 peratus sahaja untuk perubahan seperti ini.
“Sepanjang proses kita membesar, pasti ada fasa di mana segala-galanya agak mengelirukan. Tak tahu macam mana nak bergaya (sampai sekarang saya masih mencari imej sesuai), jerawat di sana sini (masih ada), gigi tak siap lagi, rasa rendah diri dan macam-macam lagi.
“Sebenarnya bukan wang yang membantu anda menjadi lebih baik, sebaliknya apa yang menggerakkan anda dan juga hubungan anda dengan tuhan.
“Dan kesanggupan anda untuk berubah ke arah yang lebih baik adalah faktor yang menentukan siapa anda.
“Jadi kepada anda yang melalui apa yang berlaku kepada saya ketika usia 16 tahun, jangan putus asa.
“Cari kekuatan diri, ketenangan dan kebahagian dalam hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
“Saya sentiasa doakan semoga setiap orang melalui perubahan yang positif… Sama seperti saya,” jelasnya.
Terdahulu, foto Alif ketika berusia 16 tahun menjadi tular di laman Twitter pada Selasa lalu.