Nampaknya perbalahan antara penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan Selena Gomez di laman Instagram menjadi perbualan hangat di kalangan netizen hari ini.
Semuanya gara-gara tindakan Bieber meninggalkan komen yang ‘kasar’ untuk peminatnya selepas mereka mengecam Sofie Richie, model yang dikhabarkan kekasih terbaharu Bieber.
Pada Ahad lalu, menerusi laman Instagram, Bieber mengugut peminatnya dengan menyatakan dia akan menukar tetapan privasi akaun miliknya jika mereka masih berterusan mengkritik kawan baik penyanyi itu, Richie.
“Saya akan memprivasikan akaun Instagram saya jika anda terus menunjukkan kebencian. Jika anda benar-benar seorang peminat, anda tidak akan berkelakuan sebegitu terhadap orang yang saya suka,” tulis penyanyi berusia 22 tahun itu sambil berkongsi sekeping gambar dia bersama Richie.
Susulan kenyataan itu, Selena meninggalkan komennya di bawah posting itu – meminta Bieber untuk tidak menunjukkan kemarahan kepada peminatnya.
“Jika anda tidak boleh mengendali kebencian, jadi berhenti berkongsi gambar teman wanita anda - ia sepatutnya istimewa antara kamu berdua sahaja.
"Jangan marah pada peminat. Mereka sayang anda,” komen Selena.
Bieber kemudian balas komen tersebut dengan nada sindiran.
“Ia agak lucu untuk melihat orang yang pernah gunakan saya untuk perhatian masih cuba untuk menuding jarinya kepada saya.”
Bagaimanapun, Selena tidak berdiam diri, malah membalas komen bagaikan Bieber pernah 'bercurang' beberapa kali.
Sementara itu, hashtag #Selenaendeedjustinparty trending di media sosial.
Peminat berpendapat Bieber gagal menghormati peminatnya dan menyokong komen yang ditinggalkan oleh Selena.
Astro Awani
Mon Aug 15 2016
Nampaknya perbalahan antara penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan Selena Gomez di laman Instagram menjadi perbualan hangat di kalangan netizen hari ini.
Tunggu laporan penuh selepas selesai SAR - Dr Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan sedang menunggu laporan penuh daripada pihak terlibat operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
10 Berita Pilihan - (24 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK DUN Mahkota: DAP sedia bantu kempen calon UMNO - Teo
DAP bersedia membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang, kata Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.
Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di tengah Gaza, ramai terkorban
Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu.
Kepala air: Lagi mangsa terperangkap diselamatkan
Operasi menyelamat itu mengambil masa 40 minit dan kesemua mangsa yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak.
#AWANIRingkas 24 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Ogos 2024
1️⃣ 1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
2️⃣ SAR dilakukan di dua baki lurang kumbahan
3️⃣ MAG kurangkan rangkaian penerbangan sehingga isember 2024
#awaniringkas
1️⃣ 1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
2️⃣ SAR dilakukan di dua baki lurang kumbahan
3️⃣ MAG kurangkan rangkaian penerbangan sehingga isember 2024
#awaniringkas
Malaysia pacu agenda pembangunan mampan menjelang kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Malaysia komited untuk memacu agenda pembangunan mampan di rantau ini menjelang kepengerusian ASEAN tahun depan.
AWANI Ringkas: UMNO perlu tangani isu kebejatan sosial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Justin Bieber, isteri umum kelahiran anak lelaki
Jack Blues Bieber menjadi nama pilihan buat cahaya mata sulung mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Justin Bieber mampu senyum semula
Dalam satu muat naik video di akaun Instagram miliknya, Bieber menunjukkan dia mampu mengerdipkan mata serta mengerakkan kening.
'Saya sudah tua nak layan drama' - Selena Gomez berundur dari media sosial
Ia susulan kontroversi membabitkan dirinya, rakan baiknya, Taylor Swift dan isteri bekas teman lelakinya, Justin Bieber.
Utamakan kesihatan serta mental sebab Justin Bieber tangguh jelajah Justice
Buat masa ini, penyanyi pop kelahiran Kanada itu mahu mendapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan jelajah dunia Justice.
Pulih kelumpuhan wajah, Justin Bieber dijadual ke Malaysia 22 Oktober ini
Peminat di Malaysia bakal berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober ini.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Justin Bieber hidap sindrom Ramsay Hunt, apa sebenarnya penyakit ini?
Justin terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan dan perkara itu sekali gus mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia.
Justin Bieber alami 'kelumpuhan muka', terpaksa batalkan konsert
Sindrom Ramsay Hunt itu dakwanya dijangkiti selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinga sehingga tidak dapat mengelipkan mata serta senyum pada sebelah kanan muka.