DEMI negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia,
Demi raja yang disanjung tinggi,
Kesetiaan tak berbelah bahagi ...
Lirik itu tentunya tidak asing di pendengaran rakyat Malaysia, baik generasi lama mahupun baharu. Magisnya tidak pudar walaupun selepas lebih 20 tahun sejak ia pertama kali diperdengarkan.
Tetapi tahukah anda, siapa yang berada di sebalik penghasilan bait-bait lagu berjudul Setia itu?
Dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI baru-baru ini, penulis lirik terkemuka, Habsah Hassan, membuka cerita tentang pembabitannya dalam lagu tersebut yang sehingga kini masih relevan dan dimainkan di televisyen serta radio.
Agak terkejut apabila mengetahui beliau juga terbabit dalam pembikinan lirik lagu berkenaan, memandangkan nama beliau tidak disenaraikan sebagai penulis lirik dalam daftar hak cipta Music Authors' Copyright Protection (MACP).
"Saya dihubungi oleh Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat, yang meminta saya menghasilkan lirik untuk sebuah lagu patriotik.
"Selepas menyerahkan lagu itu kepadanya, saya langsung tidak dimaklumkan tentang apa-apa perkembangan, sehinggalah saya mendengar dan menontonnya di televisyen beberapa bulan kemudian," kata Habsah.
Kata Habsah, ketika itu beliau langsung tidak mengetahui lirik lagu itu telah diubah, memandangkan pada pendengarannya, tiada perubahan yang ketara.
"Tentang lirik yang dikatakan diubah, saya sendiri pun tak perasan. Kalau pun ia diubah, mungkin hanya satu atau dua perkataan," ujarnya sambil memaklumkan beliau tidak dibayar untuk menulis lirik berkenaan.
Ditanya tidakkah beliau terkilan apabila namanya tidak disenarai sebagai penulis lirik, Habsah yang telah menulis lebih 1,000 lirik memberitahu, beliau enggan memperbesarkan isu itu.
"Saya baru tahu yang nama saya tidak disenaraikan sebagai penulis lirik lagu tersebut beberapa tahun lalu. Terkilan itu tidaklah, cuma saya terkejut.
"Mungkin saya kena cari balik salinan asal lirik itu dan lihat jika betul ia telah diubah.
"Saya simpan semua salinan asal lirik yang saya tulis, malah saya sertakan sekali tarikh bila ia ditulis. Tetapi terlalu banyak lirik yang saya sudah tulis, nak cari balik bukan senang.
"Tak mengapalah, saya tidak kecil hati. Saya anggap ia sumbangan kecil saya untuk negara," sambungnya.
Setia yang diterbitkan pada 1987, dicipta oleh Datuk Ahmad Dassilah, dan dinyanyikan oleh Francissca Peter.
Madiha Abdullah
Fri Aug 17 2018
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas. - Foto Astro AWANI
Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Banjir: 32 jalan ditutup di Terengganu
Kesemua jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan setelah dilimpahi air melebihi kedalaman 0.76 meter.
JENDELA Fasa 1: 1,385 menara telah siap, 808 telah beroperasi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu Parlimen projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)Fasa 1 masih dalam pelaksanaan.
Menurut Fahmi setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap, hanya 808 menara telah beroperasi.
Menurut Fahmi setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap, hanya 808 menara telah beroperasi.
Banjir: Persiapan lebih baik, PM Anwar zahir penghargaan semua pihak terlibat
NADMA telah diarah memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera, agensi Persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir.
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.
Dera kanak-kanak: 2,240 kes direkodkan lapan bulan pertama 2024
Sebanyak 2,240 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sehingga Ogos lalu.
Isu GISBH: Program rehabilitasi ahli GISBH dibuka semula - MKN
Kerajaan mengumumkan pembukaan semula pendaftaran bagi program rehabilitasi sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Buku mengupas akar keganasan dilancar
Buku Senandika Selatan Thailand Luka Sembuh Parut Tetap Ada tulisan Dr Azlinariah Abdullah mengenai usaha mencari kebenaran punca sebenar keganasan di tiga wilayah bergolak di Selatan Thailand dan bagaimana Malaysia boleh berperanan sebagai perantara proses damai, dilancar hari ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Kak Chah tidak kecil hati tidak disenarai sebagai penulis lirik 'Setia'
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas.