PENYANYI Kaka Azraff dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya hari ini.

Kaka yang mengikat tali pertunangannya pada 27 November lalu akan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bernama Adam.

Menerusi IG Story ibu saudaranya Jojie Aminuddin, Kaka dilihat sedang berinai malam tadi.

Dalam majlis berinai itu turut dihadiri oleh ramai sanak-saudara yang berkumpul.



Terdahulu, Kaka ada memberitahu dia bakal bernikah dalam masa terdekat selepas foto majlis pertunangannya tersebar.

[BACA: Kaka Azraff Selamat Bertunang Dengan Usahawan Kacak, Bakal Adakan Majlis Bulan Ini?]

Malah menerusi kemas kini di Instagram tunangnya kira-kira enam jam lalu pula memberitahu bakal berjumpa dengan Kaka, yang memberi bayangan mereka akan bernikah hari ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

See you on the other side, my love @kakaazraff ❤

A post shared by Adam Azriff (@helloadamazriff) on


Selain itu, Kaka turut memberi bayangan menerusi satu postingnya yang terbaharu di IG.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

im gonna wear that smile tomorrow ❤️ #grateful #syukur #family #love

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on


Menerusi entri Kaka di IG itu membuatkan ramai pengikutnya mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru.

Bagaimanapun, sehingga kini, Kaka tidak pernah mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya.