Para pembikin filem tempatan berdepan dengan 'dilema' susulan prosedur operasi standard (SOP) penggambaran filem, drama dan iklan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pada Rabu.
Pembikin filem dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad memberitahu, meskipun kebenaran untuk mengadakan aktiviti penggambaran diluluskan selepas perayaan Aidilfitri namun tiada tarikh yang ditetapkan bila kru filem atau drama yang berkaitan dapat memulakan kerja.
Katanya, walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti penggambaran dibuat dalam fasa PKPB ini, namun belum ada satu tarikh yang muktamad.
"Memang dibenarkan selepas Aidilfitri tapi bila? Lepas Aidilfitri boleh jadi Disember atau hari raya ketiga. Jadi bila itu?
"Adakah SOP itu perlu dikemas kini dulu sebelum kita mendapat Sijil SPP (Perakuan Penggambaran Filem) daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)," katanya ketika di sini, pada Khamis.
Sementara itu, seorang lagi pengarah dan produser tempatan, Dr Vimala Perumal ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, para pembikin filem juga tidak mahu mewujudkan kluster baharu susulan aktiviti penggambaran ini.
Sambil menyifatkan SOP yang menetapkan kru tidak melebihi 20 individu ini sedikit mencabar namun katanya, kru penggambaran perlu mengadaptasi normal baharu ekoran pandemik ini.
Ini kerana katanya, selalunya dalam setiap penggambaran sama ada filem atau drama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih daripada 20 kru akan terlibat.
Walaupun begitu kata Vimala, beliau berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membenarkan aktiviti penggambaran beroperasi semula.
Ini kerana katanya, kebanyakan kru adalah pekerja bebas atau sepenuh masa yang pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada penggambaran.
Dalam pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu, antara SOP yang perlu dipatuhi ialah melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian, mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh empat minggu sebelum penggambaran dan memastikan tidak lebih daripada 20 orang terlibat dalam setiap sesi penggambaran.
Umavathi Ramayah
Thu May 21 2020

Dr Vimala Perumal (kiri) dan Ahmad Yazid Ahmad Puad berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan aktiviti penggambaran beroperasi semula.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.
EU bertindak balas terhadap keputusan Trump
Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan tarif sebanyak 26 bilion Euro ke atas barangan Amerika Syarikat berkuatkuasa April depan.

Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Brazil sifatkan keputusan AS sebagai tidak wajar
Kerajaan Brazil menyifatkan keputusan Amerika Syarikat menaikkan tarif import keluli dan aluminium kepada 25 peratus merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan kekal positif pada 2025
Kenyataan juga menyebut, permintaan berterusan daripada pelabur itu akan didorong peralihan struktur kekal disebabkan peningkatan peratusan penduduk warga emas di Malaysia.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.
Anak kelahiran malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
Usaha memperkukuh penggunaan identiti digital di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia khasnya melalui integrasi Mydigital ID dalam platform Mytax dan Mystr.
Pengeluaran getas asli negara turun pada Januari 2025
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan pada Disember 2024.
TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
[TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.

Kami pembikin filem... tidak ada 'niat' wujudkan kluster baharu - Pengarah filem
Para pembikin filem tempatan berdepan dengan 'dilema' susulan SOP penggambaran filem, drama dan iklan ketika PKPB, yang dikeluarkan MKN pada Rabu.