Dalam satu sidang media filem "Tombiruo: Penunggu Rimba" pada Selasa, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainir Aminullah mengumumkan Ideate mempunyai hak eksklusif ke atas kesemua karya Ramlee yang diterbitkan oleh Karangkraf.
Kata Zainir, pihaknya sudah lama mencari karya tempatan seperti ini yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pelbagai medium komersial.
“Pengumuman ini bermakna, Ideate mempunyai hak eksklusif ke atas kesemua karya Ramlee Awang Murshid terbitan Karangkraf untuk dijadikan filem, siri televisyen, komik, digital produk dan cabang media yang lain.
“Ini kerana Ideate melihat karya-karya yang dihasilkan Ramlee memiliki karakter yang kuat, epik dan penuh aksi yang amat berpadanan untuk diangkat ke bidang komersial dan antarabangsa,” jelas Zainir.
ORANG PENTING: (Dari kiri) Ramlee Awang Murshid, Nasir Jani, Ketua Pegawai Operasi Karangkraf Syamil Fahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media Zainir Aminullah.
Zainir berkata, adaptasi novel thriller "Tombiruo: Penunggu Rimba" ini ke layar perak merupakan satu permulaan awal buat Ideate Media.
“Ini merupakan langkah pertama yang baik buat Ideate Media dalam menjadikan karya Ramlee kepada francais transmedia” katanya.
Zainir turut berkata, untuk penggambaran filem tersebut, pihaknya sedang menimbangkan kerjasama dengan Pinewood Iskandar Malaysia Studios.
“Buat masa sekarang, pihak penerbitan sedang dalam rangka kerja menguatkan struktur cerita dan watak dalam filem ini.
"Insyallah, mungkin ada kerjasama dengan Pinewood Iskandar Malaysia Studios, bergantung pada permintaan jalan cerita” kata Zainir.
Antara karya Ramlee Awang Murshid yang terkenal sebagai novelis thriller nombor satu negara.
Selain Ideate, filem aksi ini juga terbitan bersama syarikat Layar Sunan dan Karangkraf Media Group."Tombiruo: Penunggu Rimba" berkisarkan mitos yang wujud di dalam legenda hutan tebal masyarakat di Sabah yang dianggap hantu atau roh jahat.
Namun, ia sebenarnya seorang manusia berwajah tidak sempurna yang bertindak sebagai penjaga rimba.
Novel yang diterbitkan pada tahun 1998 ini sehingga kini telah terjual hampir 70,000 naskhah serta telah diulang cetak kali ke-14.
Ramlee sendiri telah menghasilkan 24 novel di bawah terbitan Karangkraf dan terkenal sebagai novelis thriller nombor satu negara.
Filem arahan Nasir Jani ini akan menjalani penggambaran di Sabah ini akan memulakan produksi pada pertengahan tahun hadapan.