Kasper atau nama sebenarnya Kim Tae Woo merupakan koreografer untuk artis popular di bawah naugan salah satu agensi terbesar Korea, SM Entertainment.
Sebelum ini Kasper merupakan penari latar untuk kumpulan Girls Generation.
Jom semak beberapa fakta menarik tentang jejaka kacak ini.
1. Kasper merupakan ‘mastermind’ disebalik lagu-lagu hit EXO antaranya Call Me Baby dan Ko Ko Bop.
2. Selain EXO, Kasper juga pernah mengajar penari utama anggota kumpulan Super Junior, Eunhyuk dan SHINee, Taemin.
3. Jejaka kacak dan persis model ini baru berusia 26 tahun dan dilahirkan pada 24 Mei.
4. Disebabkan rupa parasnya, ketua kumpulan Super Junior, Lee Teuk mengakui pernah menyangka Kasper bukanlah pekerja sebaliknya pelatih baru (trainee) di agensi tersebut.
5. Mempunyai 1 juta pengikut di Instagram. Wow dah macam artis!
6. Video latihan lagu Ko Ko Bop yang dilakukan oleh Kasper bersama seorang lagi Koreografer iaitu Mihawk mendapat 11 juta tontonan.
Video tersebut dimuat naik menerusi YouTube 1MILLION Dance Studio pada 15 Ogos tahun lalu.
7. Dalam perkembangan lain, Kasper muncul dalam program realiti terbaru berjudul Idol Moms sebagai guru tarian.
Selain Kasper, dua lagi penyanyi popular iaitu anggota kumpulan H.O.T, Kangta dilantik sebagai hos dan juga mentor manakala Jang Jin Young pula sebagai guru vokal dalam program berkenaan.
Idol Moms boleh ditonton secara online menerusi portal Gempak.com
Program ini juga bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam di Lifetime Asia (saluran 709).
Diinspirasikan oleh program popular Amerika, Dance Moms, program ini mengisahkan tentang kehidupan lima orang ibu dengan anak-anak mereka yag mempunyai keinginan untuk bergelar idol.
Foto: Instagram @kasper0524
Teks oleh: Mya Amri