PENGHASILAN Mahathir: The Journey yang merupakan filem biopik mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.
Ini kerana naskhah berkenaan, tidak berniat untuk memburukkan atau mendewakan Perdana Menteri.
Sebaliknya, tegas pengarah Mahathir: The Journey, Prof Dr Hatta Azad Khan, filem itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada negawaran yang telah banyak menyumbang pada kemajuan negara.
Dalam masa sama, sarjana filem terkemuka itu berkata, penghasilan naskhah berkenaan juga adalah sebagai rakaman rujukan buat generasi masa depan mengenai pemimpin Melayu hebat yang pernah dilahirkan oleh negara.
“Pada saya, kita buat benda yang bagus, yang baik. Secara peribadi, saya anggap semua orang perlu sokong kerana beliau (Dr Mahathir) merupakan seorang tokoh yang besar, kisah hidupnya elok dirakamkan dalam bentuk filem untuk (rujukan) generasi masa depan,” kata Dr Hatta kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Beliau yang dipilih untuk menerajui penerbitan Mahathir: The Journey sebagai sutradara berkata demikian sebagai mengulas reaksi anak sulung Perdana Menteri, Datin Paduka Marina bahawa idea penghasilan filem itu tidak mendapat restu keluarganya.
Marina menegaskan, keluarganya tidak suka mana-mana pihak menghasilkan filem biografi, muzikal, kartun atau sapa saja mengenai keluarganya kerana ia hanya akan memalukan.
BACA: Marina anggap filem 'Mahathir, The Journey' memalukan
Tidak hanya sekadar rakaman penghargaan dan sebagai rujukan generasi masa depan semata-mata, penerbitan Mahathir: The Journey juga disifatkan Dr Hatta adalah bertujuan untuk tontonan masyarakat antarabangsa.
Menurut beliau, sebagai negarawan ulung, Dr Mahathir merupakan antara pemimpin dunia yang disegani dan sudah sampai masanya sebuah filem mengenai beliau dihasilkan.
“Rasa hormat, kagum dan pengiktirafan dunia kepada Dr Mahathir tidak mampu kita nafikan. Bahkan, kita rakyat Malaysia juga amat berbangga dengan apa yang beliau sumbang dan lakukan pada negara.
“Justeru, saya secara peribadi berpendapat, ada wajarnya filem mengenai tokoh hebat seperti Dr Mahathir diterbitkan. Lagipun, muzikal mengenai beliau sudah dibuat, buku juga sudah ditulis sebelum ini.
“Kita akan memberitahu sisi lain mengenai Dr Mahathir dan kita tidak mengajak penonton untuk mendewakan beliau,” jelas Dr Hatta mengenai idea dan aspirasnya dalam mencorakkan Mahathir: The Journey yang akan mula menjalani penggambaran sekitar pertengahan Disember ini.
Untuk rekod, Dr Hatta merupakan antara pengarah filem prolifik dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik serta industri seni dan persembahan negara.
Beliau merupakan pengarah sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Othman Hafsham (syarikat produksi Cinematic Sdn Bhd) serta filem Mat Som yang diadaptasi dari komik popular Lat.
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Istana Budaya pada 2000 – 2005 serta Rektor di Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (Aswara) selain menjadi pensyarah di beberapa universiti.
Dr Hatta juga berkata, filem merupakan wadah terbaik untuk mengekalkan ingatan masyarakat mengenai seseorang tokoh seperti mana yang sering dilakukan oleh karyawan filem dunia.
Dalam masa sama, Dr Hatta memberitahu, Mahathir: The Journey sudah mula menjalani kerja-kerja pra-produksi sejak tujuh bulan lalu.
Skrip filem itu juga, kata beliau, sudah dirombak sebanyak 12 kali sebelum mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri.
“Sesudah mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri, kami memulakan kerja-kerja pra-produksi termasuk melakukan pemilihan pelakon. Insya-Allah jika tiada aral, kami menjangkakan file mini akan ditayangkan pada Julai tahun depan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 Dr Mahathir,” jelas Dr Hatta mengenai filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM6 juta itu.
Mahathir: The Journey menampilkan pelakon Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Ning Baizura (Marina Mahathir), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P. Ramee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Lisdawati (Nurul Izzah).
BACA: Fauziah Latiff akui gementar diberi watak Siti Hasmah
Saharudin Musthafa
Thu Nov 14 2019

Azhar Amir dan Fauziah Latiff masing-masing memegang watak Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dalam filem biopik Perdana Menteri, Mahathir: The Journey. - Gambar Astro AWANI
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..

'Mahathir: The Journey' selesai jalani penggambaran
Naskhah terbitan Reliance Media Group ini antara lain memaparkan kisah sosok Tun Dr Mahathir Mohamad secara dekat menerusi layar perak.

Kenapa filem Tun M diterbitkan? Ini penjelasan pengarah Dr Hatta Azad Khan
PENGHASILAN Mahathir: The Journey yang merupakan filem biopik mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak