Keunikan budaya masyarakat Kelantan menjadi mendorong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewujudkan pawagam komuniti di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Kamil Othman berkata, ia merealisasikan impian rakyat Kelantan yang selama ini mahu hasil seni mereka diiktiraf di negeri sendiri.
Jelasnya, persepsi masyarakat terhadap pawagam yang menjadikan penontonnya khayal kerana cerita fantasi harus segera dibuang.
"Dari pandangan Finas, pawagam pada abad ke-21 ini bukan lagi menjadi tempat hiburan sahaja. Ia merupakan pusat untuk orang ramai mendapatkan ilmu, dan maksud saya ilmu itu pelbagai," katanya.
Jelasnya, dari segi pengajaran dan suasana pawagam negara ini, ia berbeza berbanding negara luar.
"Kalau hendak berdakwah, media paling sesuai adalah filem atau kandungan dalam sesebuah cerita.
"Bagi Finas, kandungan atau apa-apa penceritaan yang betul dan boleh kita paparkan dan tayangkan di pelbagai peranti, kita anggapnya sebagai pawagam yang memberi pengajaran.
"Pada saat ini, apabila orang berkumpul, mereka akan bertukar-tukar fikiran dan sebagainya," jelasnya.
Tambahnya, pawagam membuka minda penontonnya untuk mengenali kehidupan negara luar selain platform mempromosi budaya sendiri.
Tiada masalah asing tempat duduk
Dalam pada itu, Kamil memberitahu, Finas tidak mempunyai masalah dengan peraturan kerajaan negeri yang mahu mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dengan perempuan.
"Bagi saya, isu pawagam sebagai hiburan dan maksiat tidak lagi wujud. Ia datang dari pengajaran. Umpamanya, di pawagam kita asingkan lelaki dan perempuan, tidak apa," ujarnya.
Paling penting katanya, elemen pengajaran yang ada di dalam filem yang ditayangkan menggambarkan corak kehidupan serta amalan sehari-hari masyarakat yang harus dicontohi.
Jelasnya lagi, Kelantan juga merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak kisah selain mengakui setiap bengkel filem yang dianjurkan Finas mendapat sambutan menggalakkan.
Sebelum ini, beberapa filem berpengisian dari Kelantan telah mendapat perhatian di seluruh negara dan juga dunia melalui festival yang dianjurkan.
Ia menjadi galakan agar anak-anak dari negeri Kelantan itu sendiri lebih aktif berkarya dan merancakkan lagi penerbitan filem tempatan.
Ramai berminat
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebelum ini terdapat ramai pihak yang berminat, namun mereka tidak meneruskan usaha berkenaan kerana beberapa sebab.
"Pra syarat yang ditetapkan kerajaan negeri tidak membebankan sebaliknya lebih menekankan untuk memenuhi enakmen serta peraturan kerajaan tempatan berhubung hiburan di negeri itu.
"Pertama sekali, aurat penting - penjagaan aurat. Kedua, faktor berkaitan syariat. Sebab itu, di Kelantan kita memperkasakan, apa yang kita nak tonjolkan mestilah patuh syariah. Itu yang kita utamakan.
"Sebab itu kita katakan kita alu-alukan pembangunan datang ke Kelantan, tetapi mesti memenuhi dasar membangun bersama Islam," jelasnya.
Katanya lagi, syarikat yang sebelum ini berminat untuk membuka panggung wayang menarik diri kerana tidak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat sebuah syarikat yang masih dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.
"Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pembukaan panggung di Kelantan seperti yang disuarakan oleh penggiat seni asalkan ia memenuhi syarat yang ditetapkan, termasuk kandungan filem yang bakal ditayangkan.
Sementara itu, hasrat Finas itu dibangkang Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, yang tampil menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
"Kita lahirkan kebimbangan bahawa sekiranya pawagam ini dibuka maka ia tidak dapat memenuhi kawalan enakmen hiburan, bahkan akan menyebabkan isu tidak diingini berlaku.
"Kita mengambil sikap menyatakan sokongan orang muda bahawa kita tidak perlukan pawagam di Kelantan dan kita minta kerajaan negeri bertegas dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
"Sekiranya syarat tidak dipatuhi, kita pohon tidak ada tolak ansur bagi pihak kerajaan negeri," jelasnya.
Sebelum ini Kelantan mempunyai dua pawagam, namun ditutup sekitar akhir tahun 90-an.
Patuh syariah
Persoalan sama diajukan kepada Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, yang memberi jaminan tiada halangan untuk membuka panggung di negeri itu dengan syarat ia mematuhi syariah.
"Syarat ini sebenarnya untuk mengelakkan berlaku perkara yang bercanggah dengan syarak seperti berdua-duaan, duduk dalam gelap dan dalam suasana romantik.
"Setakat ini tiada permohonan rasmi dibuat walaupun terdapat syarikat yang mendapatkan gambaran dari kerajaan negeri untuk tujuan membuka pawagam," ujarnya.
Sebelum ini, larangan menggunakan kerusi berkembar atau 'couple seat' bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah dikenakan kepada kaki wayang di sekitar Seri Iskandar di Perak oleh pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS).
Ia dikatakan usaha untuk membendung gejala sosial di kalangan generasi muda.
Notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan mula dikuat kuasa sejak pawagam tersebut memulakan operasi hampir tiga tahun lalu.
Wan Syamsul Amly, Muhafandi Muhamad
Thu Jul 14 2016
KAMIL: Dari pandangan Finas, pawagam pada abad ke-21 ini bukan lagi menjadi tempat hiburan sahaja, ia merupakan pusat untuk orang ramai mendapatkan pelbagai jenis ilmu. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Fauzi Ayob tanggung tugas Ketua Pengarah FINAS
Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Komunikasi)FINAS Datuk Fauzi Ayob dipertanggungjawabkan menanggung jawatan Ketua Pengarah agensi berkenaan.
Keunikan budaya pendorong kewujudan pawagam di Kelantan - KP Finas
Ketua Pengarahnya, Datuk Kamil Othman berkata, ia merealisasikan impian rakyat Kelantan yang selama ini mahu hasil seni mereka diiktiraf di negeri sendiri.
#KamiSokongKamil: Isyarat sokongan anak seni pada KP Finas Datuk Kamil Othman
Afdlin Shauki, Bront Palarae, dan Sofia Jane antara yang menyertai hashtag tersebut demi menentang cubaan pihak tertentu menjatuhkan Kamil.