Penyanyi yang sedang melonjak naik, Khai Bahar mengakui dirinya pernah ditegur oleh keluarga berkaitan masalah bau badan yang dihadapi ketika usia remaja.
Gempak
Tue Jul 03 2018
Selepas ditegur, penyanyi yang popular menerusi lagu Luluh ini telah mengambil berat soal penjagaan serta kebersihan diri.
PENYANYI yang sedang melonjak naik, Khai Bahar mengakui dirinya pernah ditegur oleh keluarga berkaitan masalah bau badan yang dihadapi ketika usia remaja.
"Kebanyakan remaja mengalami masalah badan berbau terutamanya di zaman sekolah.
"Dalam soal ini, lebih baik jika keluarga yang menegur daripada rakan-rakan, kerana kadang-kadang, teguran dari rakan boleh membuatkan kita tersinggung," katanya.
Khai ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk Nivea untuk kempen Penjagaan Diri Terbaik bersama penyanyi Nabila Razali di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, sebentar tadi.
Selepas ditegur, penyanyi yang popular menerusi lagu Luluh ini telah mengambil berat soal penjagaan serta kebersihan diri dan terus mengamalkannya dengan baik sehingga sekarang.
"Teguran itu juga membuatkan saya lebih sedar dan bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, selepas sukses dengan lagu Rahsia Kita duet bersama pendatang baru Fatin Husna, Khai akan mengeluarkan single terbaru pada September ini.