Pelakon dan penggiat seni Allahyarham Khalid Salleh selamat dikebumikan sekitar jam 7.10 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang.
Jenazah Allahyarham sebelum itu disempurnakan dan disolatkan di Masjid Taman Kosas.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd Israr Khalid, 27 tahun, bapanya mengalami kesukaran bernafas sejak seminggu yang lepas.
"Allahyarham hari ini sebenarnya pertama kali setuju ke hospital untuk terima rawatan, dan doktor mengatakan beliau ada menghidap batuk kering.
BACA: Pelakon Khalid Salleh meninggal dunia
"Beliau kemudian dimasukkan ke wad kecemasan dan menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 3 petang tadi," jelasnya.
Pemergian Allahyarham turut diringi rakan taulan yang terdiri daripada penggiat seni tempatan yang turut menahan kesedihan ke atas kehilangan seorang lagi bintang yang mewarnai industri seni negara.
Antara yang hadir, pengarah filem U-Wei Saari, wartawan veteran Tan Sri Johan Jaafar, pelakon Azizah Mahzan, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Beliau meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan seorang cucu.
Azyyati Ahmad
Mon Jul 23 2018
Pengebumian Khalid Salleh di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang hari ini. - Astro AWANI
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Khalid Salleh selamat dikebumikan
Pelakon dan penggiat seni Khalid Salleh selamat dikebumikan sekitar jam 7.10 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas.
'Playlist' wartawan Astro AWANI, Israr Khalid kini di Raku!
Bagi sesetangah orang, tabiat mendengar lagu sebagai rutin permulaan harian sudah menjadi kebiasaan untuk melahirkan rasa semangat.