SIAPA sangka selepas Yuna terserempak dengan penyanyi rap terkenal Tyler, The Creator di tepi jalan ketika sedang memakan ais krim, ia membuahkan hasil lagu terbaharu mereka, berjudul 'Castaway'.

Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, Yuna menceritakan kisah di sebalik lagu hasil kolaborasi dua artis berkenaan.

"Saya memang mahu berkolaborasi dengan Tyler," katanya.



Dalam video tersebut, Yuna berkata dia sudah beberapa kali cuba menghubungi Tyler tetapi tidak berjaya, mungkin kerana dia sibuk dengan projek lain.

Siapa sangka, ketika dia ingin membeli minuman, Yuna terserempak dengan Tyler yang sedang menikmati ais krim di tepi jalan dan terus mendapat persetujuan untuk berkolaborasi.

"Saya tidak membuat cerita. Memang menakjubkan bagaimana perkara begini boleh berlaku," ujarnya lagi.

'Castaway' mengisahkan tentang kisah disebalik kejayaan Yuna sebagai seorang artis di Amerika Syarikat.

Ia merupakan salah satu daripada 11 lagu dalam albumnya, Rougue yang bakal dikeluarkan 12 Julai ini.


BACA: Kreativiti tahap maksima! Yuna gayakan sanggul lintang pada kulit album 'Rouge'
BACA: Lagu bertaraf Grammy? Yuna dan G-Eazy cipta magis menerusi Blank Marquee