NAMA besar yang dimiliki penyanyi Yuna berjaya menarik perhatian seorang DJ terkemuka, Tokimonsta untuk menghasilkan lagu kolaborasi.
Lagu berjudul Don't Call Me itu berentak R&B hip hop dan berkisarkan seorang wanita yang tidak mahu bekas teman lelakinya menghubunginya lagi.
Nama Tokimonsta mula dikenali dalam arena muzik elektronik dan hip hop instrumental selepas berkolaborasi dengan beberapa artis ternama seperti Anderson Paak dan Jessie Ware.
Tokimonsta atau nama sebenarnya Jennifer Lee, merupakan DJ wanita pertama yang diambil untuk bernaung di bawah label Brainfeeder milik penerbit Flying Lotus, pada tahun 2010.
Graduan perniagaan dari Universiti California itu pernah diangkat sebagai DJ wanita terbaik di Los Angeles beberapa tahun lalu.
Sehingga kini, Tokimonsta telah melahirkan lima buah album, dan Don't Call Me merupakan single pertama dari album terbaharunya, 'Lune Rouge', yang bakal berada di pasaran September depan.
Madiha Abdullah
Fri Jun 30 2017

Tokimonsta pilih berkolaborasi dengan Yuna untuk single pertama dari album terbaharunya.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Bukan tuju pada sesiapa" - Isma jawab kritikan isu DJ buat lawak dan gelak sendiri
Sebetulnya, kata Isma, ramai juga DJ masa kini yang bagus dan menjalankan tugas mereka dengan baik