Empat puluh tahun dalam bidang seni dan masih disegani kerana kelainan karya-karya yang dihasilkan bukan sesuatu yang mudah.
Tentunya dalam tempoh 40 tahun itu banyak yang perlu dilalui dan kisahnya penuh warna-warni serta suka-duka.
Perjalanan karier selama 40 tahun itu dikumpul dan dikisahkan dalam tempoh tiga jam. Selama tiga jam, seniman Datuk M.Nasir bercerita tentang penglibatannya selama 40 tahun dalam bidang muzik menerusi konsert M.Nasir Satu Hikayat.
Selepas empat tahun tidak muncul dengan sebarang konsert, kerinduan peminat seniman yang turut digelar sifu ini terubat dengan konsert yang diadakan selama dua malam berturut-turut di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Panggung dibuka dengan kemunculan istimewa pelakon dan pengarah Sabri Yunus menerusi lagu Langgam Pak Dogo. Sebaik rebab dibunyikan, penonton sudah mula tidak sabar menantikan M.Nasir.
Sorakan dan jeritan penonton sebaik sosok kelahiran Singapura itu muncul di pentas membuktikan bahawa mereka sudah lama menunggu konsert solo seniman bernama M.Nasir.
Selepas Langgam Pak Dogo, M.Nasir terus menghangatkan suasana dengan lagu Anak-Anak Kita dan Phoenix Bangkit Dari Abu.
Seperti kata pegarah muzik, Aznan Alias ketika temu bual sebelum konsert baru-baru ini, semangat penonton akan diserap oleh M.Nasir dan pemuzik untuk menghidupkan lagi suasana.
Ia terbukti apabila seniman berusia 62 tahun itu bukan hanya berjoget di atas pentas, tetapi turut turun untuk menari bersama-sama peminat-peminatnya.
Penonton juga seperti dirasuk apabila turut menari ketika lagu-lagu seperti Mentera Semerah Padi, Apokalips, Sahabat Gua, Bukalah Hatimu dan Raikan Cinta dinyanyikan.
Peminat M.Nasir bukan hanya menari tetapi turut menyanyi saat lagu-lagu berentak perlahan seperti Sentuhan Listrik dinyanyikan.
Ketika Mohar meniup seruling sebagai intro lagu Hijab Kekasih, semua yang ada dalam Plenary Hall terus dibuai perasaan. Lagu itu jarang sekali dinyanyikan ketika konsert.
Selama 40 tahun, M.Nasir bukan hanya menghasilkan lagu untuk diri sendiri semata-mata tetapi turut mencipta lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lain.
Lagu-lagu ciptaan beliau telah terbukti mempunyai kelainan dari segi melodi dan susunan muzik serta ia menjadi malar segar.
Kerana kelainan lagu-lagu yang dihasilkan tidak hairan ramai penyanyi yang mahu mendapatkan sentuhan ajaib M.Nasir biarpun hanya satu lagu.
Sebagai melengkapkan kisah 40 tahun dalam bidang muzik, M.Nasir menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan beliau yang popular satu ketika dahulu.
M.Nasir menghadiahkan dendangan lagu-lagu seperti Kenangan Lalu nyanyian kumpulan Flybaits, Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar (Alleycats), Milik Siapakah Gadis Ini, Bercanda Di Pasiran Pantai (Datuk Sudirman Haji Arshad dan Anita Sarawak), Istana Menanti (Rahim Maarof), Hani (Hattan) Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Sampai Hati (Spring), Fantasia Bulan Madu, Pawana (Search), Sejati dan Peronda Jaket Biru (Wings).
Tidak lengkap kisah perjalanan 40 tahun M.Nasir jika beliau tidak menyanyikan lagu-lagu dari album Kembara. Ekspress Rakyat, Hati Emas dan Gerhana disampaikan secara medley.
Beberapa rakan artis seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Amy Search dan Tam Spider turut hadir memberikan sokongan.
Selain rakan-rakan artis, beberapa ahli politik seperti Nik Nazmi, Najwan Halimi dan Young Syefura atau Rara juga hadir memberi sokongan kepada seniman lagenda ini.
Konsert selama tiga jam dan lebih 30 buah lagu ini diiringi barisan pemuzik hebat yang dinamakan Al-Gong.
Sistem bunyi yang baik menambahkan lagi kehebatan Konsert M.Nasir Satu Hikayat ini.
Selepas dua malam di Plenary Hall, Konsert M.Nasir Satu Hikayat ini akan meneruskan kembaranya ke Singapura pada Januari 2020 nanti.
Dua malam yang cukup meriah dan menghiburkan.
Dua malam yang penuh nostalgia.
Dua malam yang membuktikan M.Nasir merupakan seniman legenda.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 27 2019
Selepas dua malam di Plenary Hall, Konsert M.Nasir Satu Hikayat ini akan meneruskan kembaranya ke Singapura pada Januari 2020 nanti.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Qatar mahu PM kembali mentadbir di Gaza
PM Qatar menyeru Pihak Berkuasa Palestin kembali mentadbir Gaza selepas perang, menegaskan hanya penduduk Gaza berhak menentukan masa depan wilayah itu.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Lebih 2,400 trak bantuan masuki Gaza
Hampir 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Selasa, hari ketiga gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tiada isu penjarahan besar berlaku.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal
Muhannad Hadi, wakil PBB, gembira melihat penduduk Gaza mula bersihkan kawasan dan kembali ke tempat asal tanpa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
WEF 2025: Malaysia belum ada keperluan mendesak guna tenaga nuklear - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada “keperluan mendesak” untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG). Bagaimanapun, beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Mengenang Mamat Khalid: 'Tiada kerut pada wajah' - Isteri cerita arwah 'pergi' dalam tersenyum
Isteri kepada sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan berkongsi detik-detik terakhir perjalanan suaminya menuju negeri abadi pada Ahad lalu.
M.Nasir: Hikayat seorang seniman
Selama tiga jam, seniman Datuk M.Nasir bercerita tentang penglibatannya selama 40 tahun dalam bidang muzik menerusi konsert M.Nasir Satu Hikayat.