Selepas kejayaan program Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir Siri 1, 'Kembara Ke Solo', Sahabat M.Nasir dan Roman Abadi Sdn Bhd akan menganjurkan siri kedua program tersebut.
Menurut Presiden Sahabat M.Nasir (SMN), Johan Arif Haron, Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir Siri 2, 'Search, Wings dan Rock n Roll', siri kedua ini dibuat selepas ramai peminat seniman tersohor itu meminta diadakan satu lagi program selepas kejayaan siri pertama.
"Kami nak mengaitkan karya-karya Datuk M.Nasir dengan dua kumpulan rock gergasi iaitu Wings dan Search dan kami cuba melonjak karya-karya M.Nasir dalam album dua kumpulan rock gergasi ini," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya karya-karya dalam album Search dan Wings akan dibincangkan dalam sudut pandang berbeza menerusi ahli-ahli panel seperti penulis lirik, Bob Lokman, pengarah filem Nasir Jani, pemain bass Search Nasir Daud dan penyanyi Wings, Datuk Awie.
Bekas penyamapai radio Sinar, Rostam Sani dipilih selaku moderator Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir Siri 2 yang akan diadakan di Auditorium DBKL pada 20 April nanti pukul 2 hingga 6 petang.
Johan menjelaskan ahli-ahli panel tersebut dipilih kerana mereka mempunyai sudut pandang berbeza untuk menerangkan suasana zaman rock tersebut dan juga bercerita tentang karya-karya M.Nasir.
"Kami memilih Bob Lokman kerana banyak karya-karyanya yang menarik dalam album Search dan Wings dan Nasir Jani pulak banyak merakam 'scene' rock waktu itu," katanya lagi.
Bercerita lanjut, Johan berkata karya-karya M.Nasir untuk kumpulan Search dan Wings dipilih kerana ia dianggap sesuai untuk rujukan generasi sekarang selain mengembalikan kenangan suasana rock tahun 90-an.
"Kita memilih karya-karya Datuk M.Nasir kerana banyak lagu-lagu lirik karya dia tu sesuai untuk reference untuk generasi sekarang lah, dan kita patut menengahkan atau mengembalikan kenangan-kenangan lagu-lagu yang dia pernah bikin untuk suasana rock masa tu dan kesannya sampai sekarang," katanya.
Datuk M.Nasir telah menerbitkan tujuh dari 12 album studio Search dan menerbitkan empat dari 11 album studio Wings serta satu dari dua album studio Double Trouble yang mengabung dua gergasi rock itu.
‘Magnum Opus’ adalah istilah Latin yang membawa maksud ‘himpunan karya seorang seniman yang berpengaruh samada kesusasteraan, muzik, seni halus atau filem’ dan mendapat perhatian umum.
Irwan Muhammad Zain
Sat Apr 13 2019

Karya-karya M.Nasir untuk kumpulan Search dan Wings dipilih kerana ia dianggap sesuai untuk rujukan generasi sekarang selain mengembalikan kenangan suasana rock tahun 90-an.6 - Gambar ihsan Sahabat M.Nasir
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Magnum Opus 40 tahun M.Nasir siri 2 bakal imbau zaman kegemilangan Search dan Wings
Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir Siri 2, 'Search, Wings dan Rock n Roll', siri kedua ini dibuat selepas ramai peminat seniman tersohor itu meminta diadakan satu lagi program selepas kejayaan siri pertama.