Keadaan kesihatan Datuk Mahadzir Lokman, semakin baik apabila tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Menurut adiknya, Danial, pengacara terkenal itu sudah sedar sepenuhnya dan mampu berbual, namun masih berada di bawah pengawasan rapi doktor.
"Jika keadaan ini berterusan dan semakin stabil, beliau akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.
"Terima kasih di atas doa anda semua," kata Danial menerusi satu kenyataan kepada media.
Katanya, Mahadzir juga sudah mampu menjalani rawatan fisioterapi ringan, biarpun masih sedikit lemah.
Semalam, Danial memberitahu, keadaan kesihatan Mahadzir semakin menampakkan perkembangan positif apabila beliau sudah mula sedar dari koma.
Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad (24 Sept) selepas tidak sedarkan diri di kediamannya awal minggu ini.
BACA: Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga
BACA: 'Sudahlah sedih, kena balas mesej takziah pula' - adik Mahadzir Lokman
BACA: Mahadzir Lokman stabil, henti sebar khabar angin - Dr Noor Hisham
Difahamkan Mahadzir berada di Jakarta, Indonesia, beberapa hari sebelum itu.
Astro Awani
Fri Sep 29 2017

Mahadzir sudah sedar sepenuhnya dan mampu berbual, namun masih berada di bawah pengawasan rapi doktor. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.

"Nad Zainal kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan, oksigen merosot" - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksasemula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.

"Separuh mati di Istanbul" - Ingat keracunan makanan, Mafarikha sebenarnya COVID-19 tahap 5
Penyanyi Mafarikha dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor akibat dijangkiti virus COVID-19 tahap lima.

MUIP ganti alat bantuan pernafasan rosak akibat banjir
Alatan tersebut telah diserahkan kepada ibunya, Norfardilatul Akmar Mustafa, 38, sekali gus memberi keselesaan kepada Mohd Hisyamuddin untuk bernafas dengan lebih sempurna.

Kisahnya seperti arwah Siti Sarah, kini harapkan Allah beri peluang kedua buat isteri
Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan COVID-19.

COVID-19: United Sikhs Malaysia, MAG, MASkargo hulur 50 alat bantuan pernafasan buat Indonesia
Misi kemanusiaan itu adalah sebahagian usaha membantu rakyat republik berkenaan memerangi COVID-19 yang semakin memburuk.

Sarawak hargai sumbangan Kerajaan Brunei
Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Kerajaan Brunei atas sumbangan fasiliti perubatan bagi mengekang penularan COVId-19 di negeri itu.

KKM akan hantar 11 ventilator baharu ke Sarawak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar 11 unit alat bantuan pernafasan baharu ke Sarawak Jumaat ini.

Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.