Penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, menambah satu lagi koleksi pengiktirafan apabila album terbaharunya, Chapters, diiktiraf antara album R&B terbaik setakat tahun ini.
Pengikitrafan itu diberikan oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi artikel 'Best R&B Albums of 2016 So Far'.
Dalam ulasan yang diberikan, Rolling Stones menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa.
Yuna katanya, hanya memerlukan satu atau dua lagu popular dalam aliran mainstream, untuk membolehkan dia mencipta nama yang lebih kukuh dalam kalangan peminat muzik.
Yuna, melalui akaun Instagramnya, meluahkan rasa terharu dan penghargaannya atas pengiktirafan itu.
Senarai 20 yang terbaik itu didahului oleh album Lemonade oleh Beyonce, selain turut menyenaraikan beberapa penyanyi seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger.
Rolling Stone merupakan antara majalah hiburan dan pop culture paling popular, dan diterbitkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara.
BACA: Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump
BACA: Muzik Video Yuna “CRUSH” feat Usher Akhirnya Dilancarkan Di YouTube
Madiha Abdullah
Sun Jun 26 2016

Satu lagi sejarah peribadi dicatatkan Yuna apabila dapat pengiktirafan majalah Rolling Stone.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Saya pernah hanya makan mee segera, nasi dan sardin ketika di LA - Yuna
Yuna dalam satu catatan di Instagram berterima kasih kepada mereka yang membantu beliau ketika mula menetap di Los Angeles.

Pengkritik Billboard pilih 'Chapters' Yuna sebagai 10 Album R&B Terbaik 2016
Chapters tersenarai di tangga ke-7 dalam artikel terbaharu terbitannya.

Pertemuan Usher dengan ibu bapa Yuna curi tumpuan
Usher memberitahu dia sudah jatuh hati dengan bakat Yuna dan berharap penyanyi itu sudi menjadi penerbit albumnya yang akan datang.

Lagu Yuna dipilih lagu latar dalam episod pembukaan Grey's Anatomy
Salah satu lagu dalam album terbaharunya, Chapters, iaitu All I Do, terpilih untuk dimainkan dalam episod pertama musim ke 13 siri Grey's Anatomy.

Lapan muka surat 'liputan fesyen' majalah InStyle AS untuk Yuna
Yuna mengenakan beberapa helai pakaian dan aksesori dari jenama rumah fesyen terkemuka dunia seperti Fendi dan J.Crew.

Yuna bakal buat persembahan dalam The Late Show With Seth Meyers
Yuna kini sibuk membuat latihan untuk persembahan yang dijadualkan hujung minggu ini.

'Bangsa sendiri panggil saya perempuan sampah' - Yuna
Yuna meluahkan rasa terkilannya tentang bagaimana mudah dia dihakimi oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Majalah Rolling Stone angkat album Yuna antara yang terbaik tahun ini
Rolling Stones menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa.

Album Yuna, Chapters masuk carta Billboard, melonjak ke tangga ke-8
Album Chapters oleh Yuna disenaraikan ke dalam carta Billboard untuk kategori Top R&B Album minggu 11 Jun 2016.

Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump
Yuna jawab isu menjadi wanita Muslim dalam industri hiburan dalam temuramah dengan majalah Billboard edisi 30 April.