Presiden Marvel Studios Kevin Feige memberitahu stesen berita United Kingdom, BBC, bahawa terdapat perancangan untuk membawa watak Ms. Marvel atau Kamala Khan ke layar perak.
Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat, dan merupakan watak beragama Islam.
Feige dalam temu bual tersebut berkata: "Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson. Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain. Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."
Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.
Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.
Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.
Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama. Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.
Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.
Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.
Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.
Nuradilla Noorazam
Mon May 14 2018

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat, dan merupakan watak beragama Islam. - Marvel
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

Kajian beras MyCC dapati tiada elemen bertentangan undang-undang persaingan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.
AWANI 7:45 [24/2/2025] – Pelaburan tidak wujud | Tangani banjir kawasan berisiko tinggi | Syarikat merugikan | Kerapuhan gencatan senjata
Scam menggila di media sosial, nenek rugi RM4 juta sindiket melabur dalam Facebook.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.

Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.

Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan
Ia masih dianggap rendah mengikut standard filem adiwira di mana tayangan pertama kebiasaannya mencecah AS$100 juta.

Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara
Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempat

Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong
Pembida yang berjaya itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.

Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Saman sivil yang difailkan oleh Marvel bertujuan menyekat sebarang tuntutan hak dibuat oleh pengkarya asal.

'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.

Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai 'adiwira' tidak didendang.

Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.

Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak
Pelakon bharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan dia akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.