Wartawan dan pengacara, Mazidul Akmal Sidek yang meninggalkan dunia penyiaran sejak hampir tiga tahun lalu akibat diserang angin ahmar kini semakin pulih dan menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif.
Ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 6, Kota Damansara hari ini, Mazidul dilihat sudah boleh bertutur dengan baik namun pergerakannya masih terhad.
“Kalau sebelum ini masa mula-mula kena memang macam ‘jelly’ lah, tetapi sekarang alhamdulillah sudah boleh berjalan sedikit dengan bantuan tongkat.
“Saya mendapat sokongan yang bagus daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan sahabat yang mana datang menjenguk itulah yang beri kekuatan kepada saya,” katanya dalam program ziarah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bina Bangsa itu.
Mazidul memberitahu dia juga tidak menyangka dapat menunaikan umrah pada Februari baru-baru ini, dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan dorongan kepadanya untuk sembuh.
Isterinya, Khairul Fazlin Kamaruddin turut memaklumkan Mazidul sudah mula menulis menggunakan pen dan sudah ada beberapa coretan dibuat pada buku catitannya.
“Dia boleh menulis pada kertas sahaja, pada kekunci komputer masih belum boleh kerana tangan kirinya masih tidak kuat lagi (kesan daripada serangan angin ahmar).
“Ada lah dia tulis pada buku tapi dia tidak bagi saya tengok,” ceritanya tersenyum.
Kata Fazlin, rawatan masih diteruskan di hospital dan di rumah juga secara tradisional bagi mengembalikan semangat dan keupayaan fizikalnya sedikit demi sedikit.
Mazidul, 50, terkenal sebagai wartawan penyiasatan di sebuah syarikat televisyen swasta selain aktif menulis blog.
Sebagai mengenang jasa dan pengaruhnya dalam dunia kewartawanan, Pertubuhan Bina Bangsa memaklumkan akan menganjurkan satu pertandingan menulis esei kepada pelajar sekolah menengah atas nama Anugerah Mazidul Akmal Sidek-Pertubuhan Bina Bangsa.
Kata pengerusinya, Syahril A. Kadir, perkara itu dipersetujui oleh Mazidul dan butiran mengenainya akan diumumkan kelak.
“Kita mahu pupuk kecintaan terhadap dunia penulisan dan terutamanya pelajar yang minat dalam bidang kewartawanan penyiasatan,” maklumnya.
Dalam program tersebut, turut hadir bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan penaung Pertubuhan Bina Bangsa Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Israr Khalid
Sat Apr 15 2017

Mazidul (duduk, kanan) memberitahu dia juga tidak menyangka dapat menunaikan umrah pada Februari baru-baru ini, dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan dorongan kepadanya untuk sembuh. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub
Sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.

Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.

70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu
Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive membimbing mereka yang berdepan cabaran upaya dan kesihatan.

Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.

Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.

Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.

Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).

Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini
Pengarah filem Prof Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam semalam selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.