PELAKON Fattah Amin akui mengubah penampilannya untuk kelihatan seperti aktor Korea, Gong Yoo demi menjayakan wataknya dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia (MY Coffee Prince).
Kata Fattah, dia membuat rujukan mengenai watak utama drama tersebut sebelum menjalani penggambaran MY Coffee Prince.
"Apabila ditawarkan untuk membintangi drama ini saya terus membuat rujukan tentang watak yang dibawakan oleh Gong Yoo iaitu Choi Han Kyul.
"Saya melihat kepada gaya penampilannya dan saya belajar sedikit demi sedikit cara bagaimana untuk menghidupkan watak Choi Han Kyul versi Malaysia.
"Ini inisiatif saya dan memang saya sendiri yang mahukan 'look' seperti Gong Yoo dalam drama tersebut.
"Selain itu saya juga menonton episod pertama hingga akhir Coffee Prince sebagai rujukan untuk mendalami karakter itu.
"Ada juga peminat yang tertanya-tanya mengapa saya kelihatan kurus dan berambut panjang dan mereka kata tidak sesuai dengan imej saya tetapi itu semua saya lakukan demi watak," jelasnya.
Fattah ditemui Astro Gempak di lokasi penggambaran MY Coffee Prince bertempat di Bros Cafe, Seremban.
Selain Fattah, Coffee Prince turut dibintangi oleh Janna Nick, Fahrin Ahmad dan Diana Danielle.
Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Lee Sun Kyun dan Chae Jung An.
BACA: Fahrin Ahmad tonton Coffee Prince kerana Han Sung
Jangan lupa saksikan MY Coffee Prince arahan Michael Ang yang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Isnin-Khamis bermula jam 10 malam.
Terlepas menonton episod pertama MY Coffee Prince? Jangan risau, anda boleh saksikan drama tersebut menerusi On Demand. Hanya sambungkan PVR ke wifi rumah anda sekarang.
Gempak
Mon Dec 11 2017

Fattah Amin (kiri) akui mengubah penampilannya untuk kelihatan seperti aktor Korea, Gong Yoo (kanan). - Astro Gempak

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.

Ezurin Khyra kongsi kisah hidup peribadi dalam The House
"Kalau tanya pasal baju, saya akan tukar tiga kali sehari, macam kita ambil makanan." - Ezurin Khyra

Romantika di Jeju: 4 lokasi popular dalam K-Drama
Berikut beberapa lokasi penggambaran K-drama yang menarik untuk dilawati di Jeju.

Masih ada yang selesa dengan media cetak - Pengarang EH!
Kemajuan zaman digital kini membuatkan ramai antara kita sudah beralih ke bahan bacaan digital. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk terus melupakan media cetak.

Sering beraya di Kuala Lumpur, Siti Saleha rindu suasana kampung
Pelakon Siti Seleha mengakui setiap tahun akan menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Finas ambil serius dakwaan penggiat seni, tidak kompromi mana-mana pihak
Finas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam melindungi isu ketirisan pengurusan dana.

Pok Ya kongsi pengalaman zaman kanak-kanak bersama penonton
Pelakon komedi, Sabri Yunus yang cukup popular dengan telefilem Pok Ya Cong Codei pernah melalui kisah menarik bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.

"Tahniah Nanny D!" - bergelar nenek, Didie Alias timang cucu sulung
Pelakon yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" - Zizan Razak
Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak mendedahkan dia menerima lamaran berlakon filem di Indonesia di bawah produksi Raffi Ahmad.

Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih dalam genre komedi santai.