PELAKON dan pengacara Neelofa mengakui tidak pernah mengambil serius tentang kritikan dan kecaman dari netizen tentang keberaniannya dalam berfesyen.
Biarpun gayanya sering diparodi malah menjadi bahan sendaan, kata Lofa, dia langsung tidak terkesan situsi tersebut, sebaliknya sentiasa cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.
“Saya tahu apa yang saya buat selama ini, malah sendaan itu sebenarnya menjadi ruang untuk saya memperbetulkan kelemahan yang ada.
“Saya sentiasa ambil selangkah ke depan kerana jika tidak, saya sama seperti mereka yang gemar mencari perkara negatif.
“Dalam berfesyen, saya suka bereksperimen dan ada kalanya agak berani. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan kecantikan di luar negara,” katanya sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar.
BACA: Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam
BACA: Kecoh netizen sarung beg tiru Neelofa
BACA: Kes saman fitnah Neelofa terhadap Oh My Media dan Rotikaya selesai
HASRAT Neelofa bakal menjadi kenyataan apabila dia telah mendapat perhatian daripada dua buah agensi antarabangsa di London dan Paris yang berminat untuk menawarkan kontrak di bawah pengurusan mereka.
Kongsi pengacara MeleTOP ini lagi, di bakal bertemu agensi terbabit pada bulan depan untuk menandatangani kontrak terbabit dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi namanya dalam bidang fesyen muslimah dan kecantikan.
Bagaimanapun, kata Neelofa yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular sebanyak lima kali di Anugerah Bintang Popular ini, kerjasama tersebut tidak membabitkan kerjayanya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Dalam pada itu, Neelofa buat masa ini belum bersedia mengumumkan nama kedua-dua agensi terbabit.
Sinar Harian
Tue Oct 30 2018
Gaya Neelofa menarik perhatian agensi antarabangsa - Foto nstagram/@neelofa
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
Tumpuan Ahad – 17 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perlawanan tinju: Netflix tergendala di AS awal pagi Jumaat - Laporan
Downdetector berkata, gangguan itu memberi kesan terutamanya kepada pengguna di kawasan metropolitan, termasuk New York, Seattle dan Los Angeles.
Tokoh terkemuka tinggalkan X
Jenama akhbar terkemuka Sepanyol, La Vanguardia akan berhenti menggunakan platform media sosial X milik bilionaire Elon Musk kerana percaya ia tidak lagi seperti dahulu. Ujar La Vanguardia yang mengaitkan perkara itu dengan sokongan Musk terhadap kemenangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, platform itu kini sudah menjadi platform yang mengutarakan konspirasi dan penyebaran maklumat palsu.
Ketua pembangkang Korea Selatan dipenjara kerana berbohong
Sebuah mahkamah pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara setahun, yang digantung selama dua tahun, kepada ketua pembangkang Lee Jae-myung atas kesalahan berbohong semasa kempen presiden lepas ketika beliau menjadi calon. Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
Sepuluh bayi maut dalam kebakaran hospital di Uttar Pradesh
Sepuluh bayi baru lahir maut selepas kebakaran berlaku di unit rawatan rapi neonatal (NICU) hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmibai di bandar Jhansi di negeri Uttar Pradesh, India.
Israel terus pertingkat serangan di Beirut
Kementerian kesihatan Lubnan berkata serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3,445 orang maut, dengan jumlah paling ramai pada September lalu.
Presiden Brazil optimis dengan hasil G20
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan keyakinannya dan optimis dengan hasil persidangan Kumpulan 20 (G20) akan datang yang mana menjadikan negaranya sebagai tuan rumah bagi edisi ke-19. Berlangsung di Rio de Janeiro dari 18 ke 19 November, persidangan itu menekankan tema 'building a just world and a sustainable planet' atau membangunkan negara yang adil dan planet yang lestari.
Malaysia perlu terus aktif bersuara di plaform dunia
Malaysia perlu terus aktif dalam semua platform antarabangsa bagi membawa naratif pemikiran negara-negara membangun di persada dunia.
Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api
Penduduk di Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur.
Cuba pecat Menteri Ekonomi, Alejandro Gil
Presiden Cuba memecat Menteri Ekonomi ketika kontroversi terus meluas berhubung penangguhan langkah-langkah yang baru diumumkan untuk menaikkan harga bahan api.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres
Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.