PASANGAN pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan 'bersanding' sekali lagi sempena ulangtahun perkahwinan kali keenam pada 24 September ini.
Kata Norman, 41, majlis itu akan melibatkan keluarga yang besar dan mungkin bersanding dengan pasangan Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria.
"Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Memey, kami akan bersanding sekali lagi dan lebih menarik akan melibatkan keluarga besar termasuk bekas isteri dan anak-anak.
"Selain bersanding, majlis doa selamat akan diadakan sekali sempena kesyukuran anak sulung saya, Mohamed Danish Hakim yang tamat khatam al-Quran dan hafazan 30 baru-baru ini," katanya pada majlis perlantikan duta Mahligai Impian Catering di Royale Chulan, Damansara, semalam.
Norman mengakui perasaan gemuruh masih dirasai walaupun pernah bersanding sebelum ini.
"Memang cuak juga nak naik pelamin lagi sekali tetapi saya teruja kerana pengisian kali ini tidak klise seperti majlis yang biasa dibuat.
"Mungkin orang melihat trend pasangan berkahwin menyambut ulangtahun perkahwinan, tetapi nawaitu untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat itu lebih penting," tambahnya.
Majlis bertemakan Islamic Vintage itu akan diadakan di Selayang, Selangor dan melibatkan jemputan antara 1,000 hingga 2,000 orang.
Majlis persandingan itu sebenarnya sebuah gimik rasmi sempena perlantikannya sebagai duta syarikat katering dan acara perkahwinan, Mahligai Impian Catering selama setahun.
Mahligai Impian Catering yang ditubuhkan pada tahun 2010 itu sudah mempunyai lima cawangan di Sungai Buloh, Seremban 2, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG Norman Hakim
Gempak
Wed Aug 30 2017

Kata Norman, 41, majlis itu akan melibatkan keluarga yang besar dan mungkin bersanding dengan pasangan Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria. - IG Norman Hakim
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin 19 April ini
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Puan Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, 19 April ini.

Perkahwinan Priyanka-Nick dispekulasi bergoncang, tapi sebenarnya...
Baharu sahaja tiga bulan melangsungkan perkahwinan pasangan suami isteri itu dilaporkan bergegar dan sedang menuju ke ambang penceraian

Bahagianya Izreen Azminda dan Ude bersanding, 3 kali tukar baju
Pelakon Izreen Azminda dan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude bersanding dengan tiga persalinan baju pengantin semalam.

Norman, Memey naik pelamin lagi sekali
Pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan 'bersanding' sekali lagi sempena ulangtahun perkahwinan kali keenam pada 24 September ini.