Pasangan sama cantik sama padan yang masih hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih 25 Februari ini sebagai tarikh majlis persandingan mereka, lapor beberapa media tempatan

Sisi romantis pasangan ini sejak disatukan dalam satu majlis tertutup pada 27 November lalu menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi pasangan pengantin baharu ini walau hampir selepas tiga bulan bernikah.

BACA: Video pernikahan #Fattzura 'sweet sangat' - netizen

Pihak Fattah Amin dan Fazura juga dilaporkan sudah mula mengedarkan kad jemputan kepada pihak media dan akan meraikan hari bahagia itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.


Sebelum ini, pasangan dengan gelaran #Fattzura yang dicipta peminat mereka diijabkabulkan seminggu selepas pengumuman pertunangan mereka dalam satu sidang media khas.

BACA: Fattah Amin, Fazura memadu asmara di Eropah

Fattah terdahulu mendedahkan Fazura sebagai pilihan hatinya dek kerana beliau nampak masa depannya bersama wanita cantik itu.

BACA: 'Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu' - Fattah


Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella menjadi bualan utama peminat mereka dan kejutan 500 kuntum mawar dari Fattah menguatkan lagi desas-desus tentang hubungan cinta mereka.

BACA: Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura!