Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan berita berkenaan.
"Kami terima laporan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.
"Anaknya, Yhuveneshwary memberitahu, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan terbitan RTM.
Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.
Hilal Azmi
Fri Sep 14 2018

Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an. - Gambar fail

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Garis Masa 2018: 'Selamat tinggal, bintangku...'
Sumbangan dan karya mereka akan terus dikenang sepanjang zaman.

Pernah tidur sebilik, Rosyam Nor kenang memori manis bersama Acappan
Rosyam Nor mengenang kembali memori bersama mendiang Acappan yang meninggal dunia pada 14 September lalu.

Acappan sembunyi derita daripada keluarga - Anak
Penderitaan Acappan atau nama sebenarnya R. Samynathan, yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Apa kenangan bersama Acappan, Sabri Yunus buka cerita...
Sabri Yunus berkongsi pengalaman bersama mendiang sepanjang mereka bekerjasama.

Pelakon dan pelawak, Acappan, meninggal dunia
Seniman dilaporkan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

Acappan nafi peluk Islam seperti yang viral di laman sosial
Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.