Pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious, Tyrese Gibson, menafikan dia telah memeluk Islam.

Khabar angin tentang pengislaman bekas penyanyi dan pemuzik itu bermula sejak awal 2014. Tindakan itu dikatakan diambil Gibson selepas kembali dari Dubai tahun lalu.

Rakan baik Paul Walker itu pada mulanya berkunjung ke Dubai untuk menghilangkan rasa sedihnya selepas kematian Walker. Di sana, Gibson sempat mengenakan dan bergambar dalam pakaian jubah dan serban.


Namun dalam posting terbaharu di laman Facebook, Gibson menafikan dia telah memeluk Islam. Bagaimanapun Gibson memberitahu dia punya ramai sahabat dari kalangan penganut Islam dan menghormati semua kepercayaan.

tyrese

Gibson sebelum ini pernah meminta agar orang ramai, khususnya masyarakat Barat, tidak cepat melabel penganut Islam dengan label negatif, hanya kerana sebilangan kecil yang mempamerkan sikap sedemikian.

Gibson juga ada memuat naik satu status sempena menyambut bulan Ramadan, minggu lalu.