Penonton pastinya tersentuh melihat iklan Tahun Baru Cina 2016 oleh Petronas bertajuk ‘Rubber Boy’ yang membawa cerita seorang ibu dan anaknya yang mengharungi suka duka kehidupan.
Namun, seorang pembikin filem mendakwa idea asalnya telah diciplak oleh syarikat pengiklanan Leo Burnett Malaysia yang menghasilkan iklan itu bagi pihak Petronas.
Perkara ini didedahkan oleh pembikin filem untuk Da Huang Pictures, Tan Chui Mui, menerusi beberapa kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Antaranya, beliau berkata idea itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, di mana ibunya seorang penoreh getah.
“Pasukan saya telah memberikan kertas cadangan termasuk senarai pelakon, lokasi, filem rujukan, dan skrip penuh kepada pihak agensi (Leo Burnett). Cadangan itu untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas tahun 2015.
“Tahun itu cerita kami tidak dipilih dan tiada iklan Tahun Baru Cina Petronas pada tahun itu.
“Namun, Leo Burnett menggunakan cerita kami untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas 2016. Kami sangat terkejut. Ini lebih daripada mencuri jalan cerita kami,” katanya ketika dihubungi pihak Astro AWANI ketika diminta penjelasan lanjut.
Beliau turut menjelaskan bahawa penulis skrip John Cho We Jun dan penerbit Beatrice Leong ada berjumpa dengan pihak Leo Burnett pada bulan Februari.
“Saya tidak hadir ke mesyuarat itu kerana sedang hamil.
“Namun, pasukan saya diberitahu bahawa kami tidak boleh saman pihak Leo Burnett di bawah undang-undang Malaysia.
“Saya pun tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang kecuali jika ia dapat mengubah industri kreatif.
Tambahnya, sesi pitching merupakan proses yang paling sukar kerana harus menghasilkan idea atau jalan cerita untuk dipersembahkan.
“(Pekerjaan) kami diambil mudah dan juga tidak dibayar ketika proses pitching,” katanya.
‘Idea asal tidak diiktiraf’
Penulis skrip John Cho We Jun meluahkan kekesalan Leo Burnett tidak mahu mengiktiraf bahawa video ‘Rubber Boy’ merupakan dari idea asal Chui Mui.
“Jika tidak silap, idea asal bertajuk ‘Growing Up’. Ia berkisah tentang seorang lelaki yang teringat kembali tentang hubungan beliau dan ibunya, seorang penoreh getah.
“Walaupun ada babak dan tema utama telah bertukar, ia tetap filem yang sama.
“Ia adalah adil untuk mendapatkan pengiktirafan yang sepatutnya untuk pekerjaan kami,” jelasnya.
Tindakan susulan Leo Burnett
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Group Malaysia Tan Kien Eng telah membalas status Chui Mui.
Katanya, beliau mahu berjumpa Chui Mui untuk memahami situasi ini sebelum mengambil tindakan.
“Saya tidak menyokong plagiarisme. Saya telah menghubungi pasukan saya setelah diberitahu tentang status ini dan penulis Leo Burnett telah menjelaskan sisi beliau.
“Saya ingin berjumpa kedua-dua pihak untuk memahami situasi ini sepenuhnya sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya di Facebook.
Syafique Shuib
Sat Jun 25 2016
Tan Chui Mui berkata idea iklan itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, dimana ibunya seorang penoreh getah. -Gambar: YouTube/"Rubber Boy"
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
The Rubber Boy: Tarik balik kenyataan, tegas Leo Burnett kepada Tan Chui Mui
Leo Burnett Malaysia hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada pengarah filem Tan Chui Mui dan syarikat produksi Da Huang Pictures susulan dakwaan plagiat skrip filem iklan The Rubber Boy.
LeoBurnett bertegas, idea iklan 'The Rubber Boy' bukan hasil ciplak
Pihak LeoBurnett dijadualkan bertemu Tan untuk satu sesi perbincangan, selain turut mendapatkan nasihat guaman.
Dakwa iklan diciplak: 'Rubber Boy kisah keluarga saya' - Pengarah Kreatif Leo Burnett
Pengarah Kreatif Leo Burnett Malaysia James Yap berkata Rubber Boy merupakan kisah peribadi yang tidak diketahui oleh pasukan kreatif Petronas, dan juga pengarah iklan itu.
Pembikin filem dakwa iklan Petronas 'Rubber Boy' ciplak ideanya
Tan Chui Mui berkata idea iklan itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, dimana ibunya seorang penoreh getah.