OPRAH Winfrey menyifatkan penganugerahan di Anugerah Gloden Globe ke-75 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu bukan sahaja buat diri beliau malah untuk kaum wanita di seluruh dunia.
Ikon televisyen berusia 63 tahun itu merupakan wanita kulit hitam pertama yang menerima pengiktirafan untuk merangkul anugerah Cecil B. De Mille Award pada majlis penuh berprestij itu yang berlangsung awal pagi tadi.
Lebih membanggakan, pengacara, penerbit dan hos terkenal ini turut menggunakan platform tersebut bagi meluahkan sokongannya terhadap mangsa-mangsa pencabulan seksual di Hollywood dan seluruh dunia.
Pengiktirafan yang diterima Oprah ini hadir selepas pelbagai skandal seks dilaporkan melibatkan nama-nama besar di Hollywood didedahkan oleh mangsa-mangsa yang selama ini bertindak mengunci mulut selama bertahun-tahun.
“Saya menghargai semua wanita yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan seksual kerana anda semua seperti ibu saya, mempunyai anak-anak untuk disara dan bil untuk dibayar serta impian untuk direalisasikan,” kata Oprah dalam ucapannya.
Oprah juga meluahkan rasa bangganya kepada semua wanita yang pernah menjadi mangsa pencabulan seksual yang berani tampil ke hadapan dan menceritakan kisah serta pengalaman hitam mereka.
Selain itu Oprah turut menyifatkan anugerah yang diberikan kepadanya ini merupakan satu impian buatnya yang selama ini sentiasa menjadikan Sidney Poitier yang merupakan aktor lelaki kulit hitam pertama yang merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Award pada 1964 sebagai idolanya.
Antara selebriti yang pernah dianugerahkan Cecil B. De Mille Award termasuk aktres Meryl Streep dan Sophia Loren, pengarah filem Steven Spielberg dan penyanyi Barbra Streisand.
Astro Awani
Mon Jan 08 2018

-Saya menghargai semua wanita yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan seksual kerana anda semua seperti ibu saya, mempunyai anak-anak untuk disara dan bil untuk dibayar serta impian untuk direalisasikan." - Oprah. - Foto AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita
Oprah Winfrey menyifatkan Anugerah pencapaian sepanjang hayat di Golden Globe Awards 2018 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu.

Persembahan diva hebat di Oscar
Penerbit "Oscar" berjanji acara tahun ini bakal menjadi antara yang paling diingati sepanjang sejarah penganjuran.

Barbra Streisand kembali ke pentas Oscar
36 tahun selepas persembahan terakhir beliau, Barbra Streisand bakal kongsi pentas Oscar bersama bakat muda seperti Adele dan Norah Jones.