Penyanyi era 80an lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad, 50, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai Ampang, sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kau Pergi Jua, meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Norliza.

Selain menyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah.