PEMENTASAN paling berjaya di Broadway dan West End, "The Phantom of the Opera" buat kali pertamanya menemui penonton di Malaysia.
Untuk tiga minggu sahaja, peminat berpeluang menyaksikan tiga watak utamanya -- The Phantom, Christine Daae dan Raoul -- secara langsung di pentas Istana Budaya.
Tidak sekadar jenama besar, "The Phantom of the Opera" juga membawa para pelakon dan kru terbaik dalam lapangan muzikal dan opera untuk merealisasikan naskhah asal novel karya Gaston Leroux itu.
"Apa yang anda lihat dan dengar dalam persembahan itu, kostum, set, muzik, adalah yang terbaik dalam dunia teater.
"Ia sebuah hiburan dan pementasan yang hebat, tetapi sebagai sebuah kisah cinta, ia luar biasa," kata Jonathan Roxmouth, pemeran watak The Phantom atau Erik.
Bagi Meghan Picerno yang membawa watak Christine Daae, dia berharap peminat di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton karya hebat yang julung kalinya dipersembahkan di negara ini.
"Ia sebuah kisah cinta yang boleh difahami semua dengan melodi indah hasil nukilan Andrew Lloyd Webber, arahan hebat Harold Prince, rekaan kostum yang cantik dari Maria serta pembabitan kru dan pelakon antarabangsa yang berpengalaman.
"Kami juga ada cara tersendiri dalam menterjemah watak masing-masing. Anda tidak akan dapat di tempat lain, jadi akan perlu datang menonton," ujar Picerno.
'The Phantom of the Opera' diadaptasi ke pentas muzikal West End pada 1986 oleh Andrew Lloyd Webber, dan seterusnya Broadway dua tahun kemudian.
Sehingga kini ia masih dipentaskan, menjadikannya persembahan paling lama di kedua-dua lokasi berprestij tersebut.
Sebelum singgah ke Malaysia, "The Phantom of the Opera" terlebih dahulu singgah di Singapura dan Manila.
"The Phantom of the Opera" mula dipentaskan di Istana Budaya bermula 15 Jun lalu hingga 7 Julai depan.
Madiha Abdullah
Thu Jun 20 2019
The Phantom (Jonathan Roxmouth) dan Christine Daae (Meghan Picerno) dalam satu babak 'The Phantom of the Opera'. - Base Ent
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Anak Andrew Lloyd Webber, Nicholas meninggal dunia pada usia 43 tahun
Nicholas meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Basingstoke, England akibat kanser perut dan pneumonia.
Selepas 35 tahun, pementasan Phantom of the Opera di Broadway berakhir
Sejak mula dipentaskan pada 26 Januari 1988, ia telah dipersembahkan lebih 13,500 kali dan ditonton oleh lebih 19 juta penonton.
Terima ulasan negatif, filem 'Cats' disunting semula selepas seminggu ditayangkan
Kandungan keseluruhan filem itu tidak berubah, namun beberapa kesan visual dikatakan telah ditambah baik.
The Phantom of the Opera 'hantui' Istana Budaya
Untuk tiga minggu sahaja, peminat berpeluang menyaksikan tiga watak utamanya -- The Phantom, Christine Daae dan Raoul -- secara langsung.