Dalam keadaan industri perfileman tempatan yang tidak menentu ketika ini, semestinya menjadi cabaran kepada pihak penerbit untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan memenuhi citarasa penonton filem di Malaysia.
Namun sambutan terhadap filem Polis Evo yang di luar jangkaan sejak ia ditayangkan pada 17 September lalu sama sekali mengubah persepsi penonton, sekali gus mengembalikan keyakinan mereka terhadap mutu filem tempatan.
Adunan penceritaan dan aspek teknikal dalam pembikinan filem ini sudah tentu menjadi rencah utama dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti serta menaikkan taraf perbikinan filem di Malaysia.
Filem Polis Evo juga dikatakan menjadi satu benchmark baharu untuk filem tempatan.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, pihaknya melihat sokongan yang diberikan oleh para penonton terhadap filem ini berharap menjadi perubahan dalam arus perfileman negara bagi memenuhi selera penonton generasi baharu.
“Sesuatu yang agak istimewa tentang Polis Evo, apabila cerita asal filem ini sebenarnya adalah idea asal oleh tiga anak muda yang mendapat biasiswa daripada Astro iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.
"Pastinya pembabitan anak muda seperti mereka ini memberi nafas baru serta menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk terbabit dalam bidang perfileman,” kata Najwa.
Dalam pada itu, Najwa berkata dalam tempoh empat hari tayangan, kutipan filem aksi Polis Evo telah berjaya mencatat kutipan lebih RM2.5 juta daripada 98 buah pawagam seluruh Malaysia serta Brunei.
Gandingan dua pelakon utama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dilihat sebagai satu pilihan yang tepat. Ini kerana kedua-dua pelakon ini saling menyokong dan mengimbangi watak antara satu sama lain membuatkan penonton tidak bosan dengan karakter yang sama atau persamaan dengan karakter yang sebelumnya.
Shaheizy Sam yang memegang watak sebagai Inspektor Khai berkata, “Kami sebagai satu pasukan telah berusaha memberikan yang terbaik untuk filem ini.
"Apabila filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton, ini telah membuktikan bahawa peminat masih lagi mempercayai karya tempatan," kata Shaheizy.
Dalam pada itu, jumlah tontonan trailer rasmi filem Polis Evo di Youtube ketika ini telah mencapai hampir 1 juta tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari.
Lagu tema Polis Evo berjudul ‘Evo’ juga mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik tanah air apabila hampir 700,000 pelayar mendengar lagu berentak up beat ini dalam tempoh kurang satu bulan selepas muzik video ini dimuat naik di laman Youtube.
Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila sekurang-kurangnya 10,000 pengguna memperkatakan mengenainya sebelum filem ini ditayangkan.
Secara keseluruhan, Polis Evo mendapat lebih 34 juta pendedahan di media sosial; malah filem ini telah menjadi trending di laman Twitter.
Filem bergenre aksi ini memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza namun harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?
Saksikan Polis Evo di pawagam berhampiran.
Astro Awani
Mon Sep 21 2015

Gandingan Shaheizy dan Zizan dilihat sebagai pilihan tepat kerana kedua-dua pelakon ini saling mengimbangi antara satu sama lain.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Kahar: Kapla High Council raih RM3 juta dalam tiga hari
Filem Kahar: Kapla High Council meraih kutipan RM3 juta dalam tempoh tiga hari tayangan rasmi.

Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.

Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.

Finas teliti, perhalusi cadangan tambah baik Skim Wajib Tayang
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang meneliti beberapa cadangan bagi menambah baik Skim Wajib Tayang sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.

Filem 'Juang' angkat kisah pengorbanan 'frontliner'
Menurut ketua pengarah, Matt Lai, Juang disifatkan sebagai naskhah istimewa kerana meninggalkan sejarah tersendiri.

Jadikan misi nasional bawa filem tempatan ke pasaran global
Misi untuk membawa filem tempatan menembusi pasaran global perlu menjadi misi dan visi peringkat nasional.

'Syif Malam Raya', 'Manap Karaoke' dapat sambutan, Astro First komited tayang filem terus ke rumah
Zakaria berkata filem 'Syif Malam Raya' yang mula disiarkan minggu sambutan hari raya telah mengutip sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 10 hari tayangan.

Pecah rekod! 'Boboiboy Movie 2' jadi filem animasi terlaris No.1 Malaysia
Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta di Malaysia sahaja dalam tempoh 26 hari.

Baru empat hari tayangan, Hantu Kak Limah kutip Rm9 juta
Filem Hantu Kak Limah (HKL) telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan.

Baru dua minggu ditayangkan, 'Abang Long Fadil 2' raih kutipan RM13 juta
"Abang Long Fadil 2" merupakan hasil kerjasama pertama di antara Skop Production dengan Astro Shaw dengan meletakkan kos hampir 4 juta.