AKTRES Bollywood, Priyanka Chopra, secara rasminya bergelar tunangan kepada penyanyi, Nick Jonas.

Menerusi akaun Instagram, kedua-dua mereka mengumumkan berita itu bersama beberapa keping gambar romantis yang diambil semasa berlangsungnya majlis pertunangan mereka di Mumbai, India.

Jonas terlebih dahulu memuat naik sekeping foto bersama Chopra, dengan kapsyen "Bakal Puan Jonas. Cinta hati saya".




Future Mrs. Jonas. My heart. My love.

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas) on


Ia diikuti oleh Chopra, yang memuat naik beberapa keping gambar termasuk bersama ibu bapa Jonas yang turut hadir ke majlis itu.

"Cara yang betul untuk melakukannya adalah bersama keluarga dan Tuhan. Terima kasih atas restu anda semua," tulisnya.



Pertunangan pasangan itu sebelum ini menjadi tanda tanya selepas pelakon Raveena Tandon memuat naik sekeping gambar Chopra memakai cincin berlian.

Belum ada sebarang pengesahan bila mereka akan berkahwin, namun portal Times of India ada melaporkan kemungkinan pasangan ini akan berkahwin seawal Oktober ini.

BACA: Nick Jonas dan keluarga tiba di India untuk kunjungi keluarga Priyanka Chopra

Jonas, 26 tahun, dan Chopra, 36 tahun, mula rapat selepas menghadiri acara MET Gala pada Mei tahun lalu.

Menerusi program Jimmy Kimmel, Chopra memaklumkan mereka mengambil keputusan untuk hadir bersama ke acara itu memandangkan mereka mengenakan jenama pakaian daripada pereka yang sama.

Namun, hubungan mereka dilaporkan hanya mula serius awal tahun ini, menurut laporan majalah People.