Isteri kepada penyanyi rock Awie, Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak sempat menjual kesemua beg serta kasut mewah yang dimilikinya untuk membayar balik wang Awie.
Rozana berkata ini berikutan tindakan Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 47, merampas kesemua barang tersebut selepas kejadian dipukul pada 2 Jun tahun lepas.
"Semua barang yang dia (Awie) dakwa saya punya termasuk hadiah darinya ada bersama dia, jadi saya tak sempat nak jual walau satupun," katanya ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.
Rozana, 37, berkata sebelum itu beliau telah bersetuju dengan Awie untuk menjual semua barang mewah itu bagi membayar balik wang suaminya dalam tempoh dua minggu dari tarikh tersebut.
Katanya, tindakan Awie yang mengatakan dirinya telah menjual barang tersebut dan tidak menyerahkan duit kepada penyanyi itu adalah tidak benar.
Rozana mengakui telah membeli hanya satu beg selepas perkahwinannya dengan Awie dan selebihnya dibeli sebelum mendirikan rumah tangga dengan penyanyi itu.
Beliau bagaimanapun menafikan menggunakan wang yang ada di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk membeli beg tersebut kerana wang di dalam ASB itu adalah dalam bentuk pinjaman berjumlah RM250,000 dan hanya boleh dikeluarkan pada 2016.
Katanya, wang Awie yang disimpan di dalam akaun bank miliknya juga tidak dikeluarkan untuk kegunaan peribadi sebaliknya untuk perbelanjaan keluarga dan membayar sewa bulanan sebuah kelab milik Awie di Ipoh, Perak.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya mengenai telefon bimbit yang digunakannya untuk mengambil gambar kecederaan selepas dipukul, Rozana yang mempunyai dua telefon bimbit berkata dia tidak menggunakan telefon Iphone 4 miliknya kerana telefon itu telah dipecahkan oleh Awie sehari sebelum kejadian dia dipukul.
"Awie bertindak demikian kerana saya telah tunjukkan gambar dia bersama seorang perempuan lain dan Awie yang dalam keadaan marah telah membaling telefon itu ke dinding," katanya.
Rozana sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kamera Blackberry miliknya telah rosak dan dia telah mengambil gambar kecederaan itu menggunakan telefon bimbit Samsung milik pembantu rumahnya dan gambar itu telah dihantar ke telefon BlackBerry menggunakan sistem WhatsApp.
Pada 4 Julai tahun lepas, Awie, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 13 Julai ini.
Pihak pembelaan diwakili peguam Hazman Harun.
Bernama
Tue Jul 07 2015

Rozana berkata beliau tidak sempat menjual kesemua beg serta kasut mewah yang dimilikinya untuk membayar balik wang Awie.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.

Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.

PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.

'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.

Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.

Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.

Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.